MEREKA SEDANG 'BERGELUT' UNTUK TERUS BERNAFAS...
Isu kesihatan ni memang tak boleh diabaikan sebab ia melibatkan nyawa!
Impak masalah kesihatan kepada keluarga seperti murung, sedih tak boleh dinafikan, memang terjadi.
Kusut fikir mana nak dapatkan wang untuk kos rawatan, pembedahan, keperluan khas.
Sama situasi seperti Aden (2 tahun) yang menghidap masalah jantung.
Bayangkan anda berada di tempat ibu bapa Aden.
Hari pertama dilahirkan ke dunia, ibu bapa Aden dah dapat berita yang amat berat untuk diterima...
“Anak puan disahkan menghidap saluran jantung bengkak.”
Terduduk bila dengar.
Anak yang kita kandung sihat selama 9 bulan dalam rahim kita, rupa-rupanya sedang bergelut dengan nyawa di hujung tanduk!
Aden ni hanya sebilangan kecil daripada wajah yang menanggung pelbagai penyakit dan penderitaan.
Hakikatnya, masih ramai lagi yang menderita dan sedang 'berjuang' untuk terus hidup.
Ini Che Yusop yang lumpuh hampir seluruh tubuh.
Hanya terlantar, menunggu isteri dan anak-anak menguruskan dirinya.
Tapi, isteri pun sudah berusia dan tidak bekerja.
Anak-anak hanya kerja kampung. Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Sama juga seperti Saufi yang menghidap gout kronik.
Kedua-tangan dan kaki semakin membengkak dari hari ke hari.
Urusan harian menjadi sangat terganggu sehinggakan nak pakai kasut pun tak boleh walau dah beli saiz besar.
Macam-macam cara dah sebenarnya mereka ni ikhtiar untuk sembuhkan penyakit mereka.
Kerja itu, kerja ini. Pagi subuh keluar kerja, tengah malam baru pulang.
Tapi, masih tak mampu tampung kos rawatan yang tinggi kerana mereka bukan dari kalangan yang berduit dan senang!
Jom warga jiwa baik!
Kita tak mampu nak sembuhkan mereka ni sekelip mata tapi kita boleh kurangkan penderitaan yang mereka tanggung.
>> Pembedahan RM250/bahagian
>> Rawatan Hospital RM100/bahagian
>> Keperluan Perubatan RM50/bahagian
>> Susu Khas RM30/tin
Disclaimer: Kami mencadangkan untuk anda pilih 2 x Pembedahan RM250/bahagian bagi mengelakkan risiko kematian yang tinggi!
Disclaimer:
MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah pesakit di bawah Perkhidmatan Awam untuk membantu pesakit-pesakit yang senasib dengan mereka. Hasil sokongan akan diberikan mengikut keperluan mereka dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Anda boleh mengikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers