[TERPAKSA HARUNGI KEHIDUPAN WALAU SERBA KEKURANGAN]

Dunia Norsyuhada terasa seakan-akan gelap, kerisauan menghantui dirinya apabila disahkan menghidap kanser dinding rahim tahap 3. Tahap yang agak bahaya kerana usianya telah mencecah 30-an. Berita ini perit untuk diterima, sungguh tidak menyangka bahawa penyakit itu boleh terjadi pada dirinya.


Mengimbas kembali detik hitam di dalam hidupnya. Mulanya puan Syuhada mengalami masalah sakit pinggang dan pendarahan, terus dibawa ke klinik kesihatan. Doktor mengatakan ia adalah perkara biasa yang mungkin disebabkan oleh perubahan hormon, puan Syuhada berasa lega mendengarnya.


Waktu berlalu, pada bulan 6 tahun lalu puan Syuhada mengalami pendarahan yang teruk sehingga perlu menukar tuala wanita overnight sebanyak 9 kali sehari. Puan Syuhada pergi ke klinik, doktor mengimbas melalui faraj dan mendapati terdapat ketumbuhan di rahim. Puan Syuhada dirujuk ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut.


Setelah diperiksa, doktor memberitahu ada jangkitan kuman kemudian doktor mengambil sampel daripada tisu rahim untuk menjalani ujian Pap Smear iaitu ujian saringan bagi mengesan kanser pangkal rahim (serviks). Selepas beberapa hari, keputusan telah keluar.


Ketika itu puan Syuhada gagal membendung perasaan sedihnya kerana mendapat berita disahkan menghidap kanser rahim.


Berbulan menganggung kesakitan, akhirnya puan Syuhada menjalani pembedahan membuang dinding rahim kerana waktu itu kanser rahim masih di tahap 2A. Pembedahan itu dijalankan pada bulan November 2020 di Hospital Pulau Pinang dengan bayaran kos RM184 selepas menerima subsidi kerajaan.


Tidak berakhir di situ, puan Syuhada masih merasa kesakitan yang sukar digambarkan. Puan Syuhada menjalani pemeriksaan imbasan CT dan mendapati kanser telah merebak ke ovari. Lebih mengejutkan, sudah di tahap 3. Lidah puan Syuhada seakan kelu untuk bersuara.


Pembedahan untuk membuang rahim, tiub fallopio dan ovari telah dijalankan baru-baru ini. Puan Syuhada akui sokongan kuat suaminya, Encik Amirrudin amat membantu menenangkan emosinya.


Seringkali berasa tertekan melihat keadaan diri yang merasakan sudah tidak sempurna kerana organ berkaitan terpaksa dibuang.

Walaubagaimanapun, puan Syuhada bersyukur kerana suami tetap setia di sisi dan sentiasa memberi sokongan untuk terus kuat mengharungi ujian ini.




Kini puan Syuhada perlu banyak berehat. Puan Syuhada bergantung Susu Ensure Gold untuk meningkatkan kekuatan fizikal namun susu formula tersebut mahal harganya.


Sebelum ini, puan Syuhada memperoleh pendapatan dengan membuat tempahan makanan dari rumah. Namun dengan keadaannya, puan Syuhada tidak dapat meneruskan lagi tempahan tersebut.


Meruntun jiwa mendengar kisah keluarganya. Puan Syuhada dan Encik Amirrudin tidak mempunyai anak sendiri, mereka pernah merancang untuk membuat rawatan kesuburan iaitu In Vitro Fertilization (IVF) tetapi puan Syuhada menderita kanser rahim.


Kehidupan mereka tidak lah sepi, mereka mempunyai anak angkat yang dijaga sejak bayi, Muhammad Putra Hafiz yang kini berusia 13 tahun. Mereka menjaganya dengan penuh kasih sayang walaupun pemegang kad OKU. Putra Hafiz mengalami penyakit Autism dan masih menjalani rawatan susulan di hospital. 




Sebelum ini encik Amirrudin bekerja di kilang. Disebabkan terlalu banyak mengambil cuti untuk hantar Putra Hafiz ke hospital, encik Amirrudin memilih untuk berhenti. Sejak 2017, bekerja sebagai pemandu Grab sepenuh masa kerana tidak terlalu terikat dengan waktu bekerja. Masa ini hasil pendapatannya terjejas kerana pandemik, sehari hanya peroleh RM8.


Mereka tiada kenderaan sendiri walaupun motor atau kereta. Mereka terpaksa menyewa kereta untuk berulang alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan puan Syuhada dan Putra Hafiz. Dengan pendapatan mereka yang serba kekurangan itu sukar untuk suami menanggung isteri dan anak. 


Kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka tabung untuk membiayai keperluan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga puan Syuhada.


Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk meringankan beban keluarga ini. Hasil kebersamaan yang anda kongsikan dapat memberi kekuatan kepada puan Syuhada untuk terus menjalani kehidupan seperti biasa.


Harini kita lihat orang susah, semoga usaha murni kita dibalas lebih baik daripada tindakan kita lakukan harini. Tiada harta yang mampu beli 1 nyawa, ia sangat berharga.




========================================

Nama: Norsyuhada binti Mohd Said

Umur: 36 tahun

Nama suami: Amirrudin, 42 tahun

Tempat Tinggal: Kepala Batas, Pulau Pinang


KEPERLUAN

Kos: RM2,200

1) Susu Ensure Gold 800g 4 tin/bulan

=======================================


Allah berfirman:

“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”    (QS. Al Maidah: 32)


Disclaimer:

MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah puan Norsyuhada bagi menjayakan Tabung Kanser buat pesakit-pesakit kanser sepertinya. Hasil kutipan tersebut akan diberikan mengikut keperluan puan Syuhada dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Boleh ikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090