[DIUJI PELBAGAI PENYAKIT SEKALIGUS, SEKELIP MATA KEADAAN BERUBAH]


“Tak apa la nak, biar bapak perlahan-perlahan naik motor ke hospital” – Cipto Gunawan

Debaran sambutan bulan Ramadhan kian terasa, namun tidak semua bernasib baik. Realiti yang dihadapi hari demi hari perit untuk ditelan. Dalam menghadapi gelombang ke-3, ekonomi semakin terjejas. Dalam sedar atau tidak, ramai yang terhimpit dengan kesusahan. Ada yang susut sumber pendapatan, bahkan ada yang kehilangan kerja sekaligus hilang pendapatan. Pelbagai cerita dan situasi yang menarik perhatian kami di MyFundAction.

Kisah meruntun jiwa ketabahan pasangan suami isteri yang membesarkan anak seramai 8 orang. Setiap ibu bapa inginkan keperluan anak-anak mereka dipenuhi, begitu juga dengan Cipto Gunawan walaupun berdepan kesempitan hidup.



Tidak terduga sekelip mata keadaan berubah apabila Cipto Gunawan berusia 58 tahun menghidap pelbagai penyakit sekaligus. Beliau disahkan kencing manis, hati bengkak dan masalah usus luka sehingga terpaksa dipotong. Sejak tahun lalu, beliau tidak mampu untuk terus bekerja atas faktor kesihatan yang tidak begitu stabil. Keadaannya lemah, tiada kudrat untuk bergerak lasak.

Pilu mendengar kisahnya, Encik Gunawan menghadiri rawatan susulan di hospital dengan menaiki motorsikal. Sekiranya ada duit lebih, beliau akan menaiki teksi dengan anggaran RM100 pergi dan balik. Namun kebiasaannya motorsikal lah sebagai kenderaan utama. Itu pun sangat berhati-hati kerana terpaksa gagahkan diri, “bahaya tetapi keadaan saya tiada wang, saya teruskan juga walaupun bergetar tangan”, katanya. Kadang kala mengambil masa sehingga 40 minit untuk sampai ke hospital.

Sejak Encik Gunawan jatuh sakit, isterinya Puan Ermaini mengambil alih tugas menyara keluarga. Berbekalkan mesin jahit yang ada, Puan Ermaini menerima tempahan menjahit baju. Namun semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tempahan menjahit semakin berkurangan. Upah yang diperoleh tidak menentu, sekitar RM100 - RM200 sahaja sebulan.

Selain menjahit, isterinya ada juga membuat kuih-muih untuk dijual tetapi hanya dalam kuantiti yang sedikit. Di usia 46 tahun, terpaksa perah kudrat yang ada bagi menambah pendapatan untuk kelangsungan hidup. 


Kesempitan hidup semakin dirasai apabila perbelanjaan anak-anak kian bertambah. Encik Gunawan dan Puan Ermaini mempunyai 8 orang anak yang masih belajar.

Ada yang belajar di universiti, ada yang bersekolah menengah dan ada yang masih di sekolah rendah. Terasa sebak kerana anak sulungnya mengambil kerja sambilan untuk membantu meringankan beban yang ditanggung. “Tak apa lah mak, untuk sementara pakai duit gaji ni” ujarnya. 

Puan Ermaini selalu berpesan kepada anak-anaknya agar terus semangat dalam menuntut ilmu meskipun serba kekurangan. Pendidikan itu penting, Puan Ermaini tidak mahu anak-anaknya mengalami nasib sama sepertinya.

Ada kala mereka sekeluarga hanya makan nasi goreng kosong disebabkan tidak mampu untuk membeli lauk, barangan dapur pun beli yang diperlukan sahaja. Anak-anaknya akur walaupun niat di hati teringin makan makanan yang sedap dan mewah seperti orang lain. 

Kami dari MyFundAction dalam usaha untuk mengagihkan kotak Rezeki Ummat sebanyak mungkin kepada golongan asnaf seperti keluarga Encik Gunawan.

PROJEK REZEKI UMMAT

Kotak Rezeki Ummat merupakan kotak berisi keperluan asas buat mereka yang memerlukan. Lebih 15 barang keperluan asas di dalamnya seperti beras, minyak, biskut kering, susu, teh, gula, tepung dan lain-lain.

SASARAN SEBANYAK RM420,000 SEBULAN
- 1 kotak = RM140
- 3000 kotak / sebulan

Projek ini memfokuskan pemberian kepada beberapa golongan di seluruh negara yang terkesan dalam usaha menangani penularan wabak pandemik. Antaranya:

1. Golongan B40, miskin dan miskin tegar.
2. Kurang Berkemampuan (OKU dan Orang Tua)
3. Bantuan pasca bencana
4. Masyarakat pedalaman (Orang Asli)
5. Hilang punca pendapatan


Sepanjang tahun 2020, sebanyak 26,605 keluarga telah mendapat manfaat daripada edaran kotak Rezeki Ummat. Kami mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk terus bersama kami dalam usaha ini supaya lebih ramai dapat dibantu. Kami tidak mampu lakukannya sendirian, kami perlukan sokongan anda. 

Semoga usaha ini dapat meringankan beban yang ditanggung dan pada masa yang sama dapat menambah beban pahala buat kita di Akhirat kelak InshaaAllah. Kotak Rezeki Ummat mampu memberikan senyuman kepada mereka, kami percaya masih ada yang bersimpati dengan nasib mereka. Ayuh berikan sinar kebahagiaan buat mereka!

Allah berfirman:

Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.”

(Qs. Al Hadid: 18)






Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
BANTU 1 KELUARGA SELAMA 6 BULAN RM 1920
BANTU 5 KELUARGA RM 700
REZEKI UMMAT C RM50
REZEKI UMMAT D RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090