[LAHIR LELANGIT SUMBING, DIUJI PULA JANTUNG BERLUBANG]
Keadaan baby Alisha lahir tidak seperti baby normal yang lain. Sejak lahir mengalami masalah lelangit sumbing. Sebelum dilahirkan, doktor tidak mengesan apa-apa penyakit pada baby Alisha, malah ketika diimbas keadaannya normal. Baby Alisha dilahirkan pada 4 Januari 2021 di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, Johor. Ketika itu, luluh hati seorang ibu apabila doktor memberitahu anaknya itu mengalami masalah lelangit sumbing.
Kira-kira hujung bulan Januari, baby Alisha dibawa ke hospital untuk memeriksa jantung. Keperitan berita sebelum ini masih belum reda, ditambah pula berita tentang keadaan jantung anaknya. Terdapat lubang sebesar 2.5mm di jantung baby Alisha. Dunia seakan gelap seketika.
Bukan kehendaknya untuk dilahirkan begitu. Menurut doktor, pembedahan lelangit dan jantung perlu dijalankan segera sebelum keadaan bertambah sukar. Kini perlu berulang alik ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru untuk temujanji kesihatan baby Alisha.
Anggaran RM9,000 diperlukan untuk kos pembedahan dan keperluan harian baby Alisha namun jumlah itu sangat besar bagi keluarganya. Selain baby Alisha, ibu bapanya mempunyai 2 orang lagi anak yang masih kecil. Sokongan tambahan yang diberi akan memudahkan urusan mereka sedikit sebanyak.
Kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka tabung untuk membiayai keperluan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga baby Alisha. Ayuh kita kongsi rezeki bersama memenuhi keperluannya.
Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk meringankan beban keluarga ini. Hasil kebersamaan yang anda kongsikan dapat memberi kekuatan kepada baby Alisha untuk terus kuat supaya dapat membesar seperti kanak-kanak lain.
========================================
Nama: Nur Aafiyah Alisha binti Abu Abdillah
Umur: 1 Bulan
Tempat Tinggal: Muar, Johor
KEPERLUAN
Kos: RM9,000
1) Kos pembedahan jantung dan cleft palate
2) Keperluan harian seperti susu, lampin pakai buang
=======================================
Allah berfirman:
“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.” (QS. Al Maidah: 32)
Harini kita lihat orang susah, semoga usaha murni kita dibalas lebih baik daripada tindakan kita lakukan harini. Tiada harta yang mampu beli 1 nyawa, ia sangat berharga.