PEMBEDAHAN TERPAKSA DITUNDA, INJAP JANTUNG SEMAKIN TERUK



Golongan dewasa yang lebih cenderung mengalami serangan koronari akibat salur darah tersumbat, kes jantung membabitkan kanak-kanak pula kebanyakannya berkait dengan kelainan jantung kongenital seperti jantung berlubang. 

Jantung berlubang merupakan penyakit yang terjadi sejak lahir. Ini adalah masalah yang berlaku sejak lahir dan bukanlah penyakit berjangkit. Kecacatan ini hanya terjadi dalam setiap 8 per 1000 kelahiran.

Antara masalah jantung berlubang yang berlaku pada bayi baru lahir ialah kecacatan septum atrium atau ASD (atrial septal defect) dan kecacatan septum ventrikel atau VSD (ventrical septal defect).

Adik Rayyan berusia 8 tahun mengalami masalah ini disedari selepas berumur 2 tahun ketika mengalami demam yang teruk dan dibawa ke klinik untuk pemeriksaan. Ketika pemeriksaan kesihatan dilakukan, adik Rayyan didiagnos masalah injap dan dirujuk ke Hospital Keningau untuk pemeriksaan lanjut.

Ketika menghadiri temujanji doktor pada pertengahan bulan Disember yang lalu, doktor memberitahu bahawa injap pada jantung adik Rayyan semakin teruk dan perlu jalani pembedahan segera. Namun lebih memilukan, pembedahahan tersebut terpaksa ditunda kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jalan lain adalah perlu menjalani pembedahan di hospital swasta yang memerlukan kos mencecah RM60,000. Ayahnya hanya bekerja sebagai penoreh getah dan ibunya pula suri rumah, tidak mampu menampung seluruh kos pembedahan ini. Ditambah pula tanggungan yang lain.

Kini adik Rayyan perlu menghadiri temujanji dengan pakar jantung 2 minggu sekali di Hospital Queen Elizabeth dan anggaran kos perjalanan sekali pergi lebih kurang RM300 kerana menaiki teksi.

Temujanji di Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah (Hospital Likas) juga perlu menaiki teksi dan memerlukan perbelanjaan tinggi disebabkan perjalanan jauh yang mengambil masa lebih kurang 3 jam. Bukan itu sahaja, apabila perlu menghadiri temujanji doktor di Hospital Keningau, keluarganya terpaksa menumpang kereta orang untuk ke sana.

Kami dari MyHeart dengan kerjasama MyFundAction membuka Tabung Jantung buat pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti adik Rayyan bagi membiayai kos pembedahan dan rawatan yang diperlukan. Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda, semoga dengan perkongsian kita ini dapat meringankan beban yang ditanggung.

========================================

Nama pesakit: Muhammad Rayyan
Umur: 8 Tahun
Nama ayah: Anthony
Nama ibu: Aini binti Abdullah
Tempat Tinggal: Keningau, Sabah

KEPERLUAN:
1) Kos pembedahan RM60,000
2) Covid test 
3) Kos penerbangan pergi balik
4) Kos rawatan susulan

=======================================

Allah berfirman:

“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”
                                                                                                                                                 (QS. Al Maidah: 32) 

Harini kita lihat orang susah, semoga usaha murni kita dibalas lebih baik daripada tindakan kita lakukan harini. Tiada harta yang mampu beli 1 nyawa, ia sangat berharga. 


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090