[HIDAP KANSER TIROID, TIADA KENDERAAN UNTUK HADIRI TEMUJANJI DOKTOR]

[HIDAP KANSER TIROID, TIADA KENDERAAN UNTUK HADIRI TEMUJANJI DOKTOR]
[HIDAP KANSER TIROID, TIADA KENDERAAN UNTUK HADIRI TEMUJANJI DOKTOR]

Kanser merupakan penyebab kematian kedua tertinggi di dunia dan di Malaysia pada tahun 2018. Ia menyumbang kepada 9.6 juta kematian di dunia dan 16 ribu kematian di Malaysia. Oleh sebab jumlah kematian akibat kanser adalah tinggi, maklumat terkini beban kanser dalam populasi amat diperlukan dalam menentukan trend penyakit tersebut di Malaysia.

Bagi tempoh 2012 – 2016, 10 jenis kanser tertinggi yang dikesan dalam kalangan rakyat Malaysia ialah kanser payudara, kolorektal, paru-paru, limfoma, nasopharynx, leukemia, kelenjar prostat, hati, pangkal rahim dan ovari.

Puan Hidayah berusia 30 tahun menghidap kanser sejak 2018. Mulanya mengalami masalah pernafasan dan setelah didiagnos, disahkan kanser tiroid di Hospital Alor Setar. Sejak dari itu, perlu menjalani radioterapi dua kali setahun di Hospital Pulau Pinang.

Tidak diduga bertimpa penyakit, puan Hidayah juga mengalami masalah Alpha Thalassemia dan perlu menghadiri temujanji dengan pakar setiap 3 bulan sekali di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Oleh kerana tiada kenderaan untuk bergerak, perjalanan ke Hospital Pulau Pinang dari kediamannya di Kuala Nerang Kedah yang lebih 100km itu agak sukar baginya sehingga terpaksa menaiki teksi dan Grab untuk hadiri sesi rawatannya. Begitu juga dengan perjalanannya untuk ke Hospital Sultanah Bahiyah.



RM5,000 diperlukan termasuk rawatan, pengangkutan dan keperluan harian, nilai itu sangat besar bagi mereka. Puan Hidayah merupakan ibu tunggal kepada 2 orang anak dan tidak bekerja, anak pertama berusia 8 tahun manakala anak keduanya pula berusia 2 tahun. Tinggal bersama ibu bapanya dan segala keperluan dibantu oleh ayahnya yang hanya bekerja sebagai penoreh getah. 

Kami dari MyHeart dengan kerjasama MyFundAction membuka tabung buat pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti puan Hidayah bagi memenuhi keperluan mereka. Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda, semoga dengan perkongsian kita ini dapat meringankan beban yang ditanggung.

========================================

Nama pesakit: Norhidayah binti Ariffin
Umur: 30 Tahun
Tempat Tinggal: Kuala Nerang, Kedah

KEPERLUAN:
Kos RM5,000
1) Kos rawatan
2) Kos pengangkutan
3) Keperluan harian seperti susu dan lampin pakai buang untuk anak

=======================================

Allah berfirman:

“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.” 
                                                                                                                          (QS. Al Maidah: 32) 

Harini kita lihat orang susah, semoga usaha murni kita dibalas lebih baik daripada tindakan kita lakukan harini. Tiada harta yang mampu beli 1 nyawa, ia sangat berharga. 


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090