[SEL KANSER MEREBAK LEPAS 5 TAHUN JALANI KEMOTERAPI]



Episod duka sebagai ‘survivor’ kanser payudara dihadapinya dengan ketabahan. Sudah hampir 6 tahun Puan Seribanun berjuang melawan kanser payudaranya. Puan Seribanun berusia 62 tahun disahkan kanser payudara belah kiri pada tahun 2015.


Dua pembedahan telah dijalankan iaitu Simple Mastectomy pada tahun 2015 dan Lymph Node Dissection pada tahun 2017. Puan Seribanun juga telah menjalani rawatan radioterapi di Hospital Kuala Lumpur pada tahun 2016.


Bermula 2017, Puan Seribanun menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 6 kitaran setiap tahun. Tidak berakhir disitu, timbul pula masalah lain. Belum sempat memenuhi rawatan kemoterapi yang masih berbaki dua sesi lagi tahun lepas, disahkan pula menghidapi kanser tahap 4.


Sel kansernya itu sudah merebak ke payudara kanan, tulang, dan paru-paru. Sukar baginya untuk menerima berita yang dikhabarkan. Pusat Kanser Negara masih tidak memberi jawapan jika rawatan kemoterapi masih perlu diteruskan.


Kita berpeluang bangkit hari ini dengan nikmat kesihatan yang sungguh mahal harganya, tetapi berbeza pula dengan Puan Seribanun. Kesihatannya semakin terjejas disebabkan paru-paru berair sehingga perlu berpaut kepada sesuatu untuk berjalan, pernafasannya juga terganggu. 


Puan Seribanun tinggal bersama anaknya, Suhyaili berusia 37 tahun yang merupakan ibu tunggal kepada dua orang anak yang masih bersekolah. Terpaksa bergantung sepenuhnya kepada anak perempuannya kerana sudah tidak berupaya untuk bekerja lagi.


Hidup mereka umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Segala biaya hospital dan kos perjalanan ditanggung oleh anaknya yang hanya meraih pendapatan RM1000 sebulan, belum lagi termasuk tanggungan yang lain.


Setiap dua minggu, Puan Seribanun ditemani Suhyaili ke hospital untuk rawatan susulan. Suhyaili perlu mengambil cuti tanpa gaji untuk menemani ibunya, dengan hanya menaiki motorsikal sebagai kenderaan utama mereka


Puan Seribanun memerlukan RM1,500 bagi memenuhi keperluannya termasuk kos rawatan, kerusi roda dan perbelanjaan ke hospital. Keluarga ini sepenuhnya bergantung kepada pendapatan bulanan Suhyaili yang sangat sedikit, nilai itu besar bagi mereka. 


Kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka tabung untuk membiayai keperluan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga puan Seribanun. Ayuh kita kongsi rezeki bersama bagi memudahkan Puan Seribanun menjalani rutin harian dengan kerusi roda serta menampung perbelanjaan rawatannya. 


Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk meringankan beban keluarga ini. Hasil kebersamaan yang anda kongsikan dapat memberi kekuatan kepada Puan Seribanun untuk terus berjuang melawan kanser.


========================================

Nama: Seribanun binti Mohd Abas

Umur: 62 Tahun 

Nama Anak: Suhyaili Suratman

Tempat Tinggal: Hutan Melintang, Perak


KEPERLUAN:

Kos RM1,500

1) Kos perbelanjaan ke hospital

2) Kos rawatan kemoterapi

3) Kerusi roda

=======================================


Allah berfirman:

“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”

                                                                                                                                             (QS. Al Maidah: 32)


Harini kita lihat orang susah, semoga usaha murni kita dibalas lebih baik daripada tindakan kita lakukan harini. Tiada harta yang mampu beli 1 nyawa, ia sangat berharga.



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN