[PENYAKIT LAMA MENYERANG KEMBALI, PERLU JALANI PEMBEDAHAN SEMULA]


Mimpi ngeri buat Sarah apabila penyakit lama menyerang kembali. Siti Sarah binti Ishak berusia 30 tahun mula disahkan sakit setelah dilahirkan pada 15 April 1991. Terkenang semula kejadian yang menimpa dirinya berpuluh tahun lalu. Ketika itu Sarah menghidap masalah jantung iaitu Tetralogy of Fallot (TOF), dirawat di Hospital Serdang.


Bermacam dugaan dihadapinya semasa kecil, keluarga di sisi menjadi penguat semangat untuk teruskan kehidupan. Sarah telah menjalani pembedahan TOF Repair di Institut Jantung Negara (IJN) pada 3 September 1999 sewaktu berusia 8 tahun, di mana jalan darah ke paru-paru dibetulkan menggunakan tisu pericardium.


Sejak itu, Sarah menjalani rawatan susulan di Hospital Raub dan IJN. Setahun berlalu, akhirnya Sarah beransur pulih pada umur 9 tahun dan tiada keperluan untuk teruskan rawatan susulan sehingga 2017. Sarah menjalani kehidupan seperti biasa, seakan tidak percaya akhirnya Sarah berjaya menamatkan pengajian hingga ke tahap ijazah.


Kegembiraan Sarah hilang sekelip mata apabila kerap mengalami simptom-simptom yang membimbangkan. Kata-kata doktor sebelum ini terngiang-ngiang di fikirannya bahawa Sarah akan mula mengalami masalah jantung 10 tahun selepas pembedahan. Sarah merasakan semua ini hanya mainan tidur buatnya, terasa perit untuk menelan hakikat. 

Sarah mula merasa kurang tenaga, sesak nafas dan denyutan jantung yang tidak seimbang. Sejak 2017, Sarah berulang alik ke Hospital Kuala Lumpur selama setahun untuk menjalani rawatan susulan. Kemudian Sarah dirujuk ke Hospital Serdang pada November 2018.

Rekod rawatan di Hospital Serdang pada 27 Jun 2019 menunjukkan Sarah menghidap penyakit severe Right Ventricular Outflow Tract (RVOT) Dilatation dan Branch Pulmonary Artery Stenosis.

Sarah semakin hari semakin mudah letih, denyutan jantung juga tidak menentu. Lebih merisaukan, Sarah seringkali pitam. 

Sebelum ini ibu bapanya yang banyak menyokong Sarah sehingga ke tahap ini. Namun selepas bapanya meninggal dunia, ibu lah tempat Sarah mengadu kesakitan selain adik-beradiknya. Ibunya, puan Wan Hamimum sudah berusia 60 tahun.

Kini Sarah mendapatkan rawatan susulan cardiothoracic 3 bulan sekali dan paediatric cardiology 6 bulan sekali di Hospital Serdang.

Pada awal Februari lalu, doktor di Hospital Serdang menghubungi Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) untuk merujuk Sarah menjalani pembedahan di sana. Keputusan ini dilakukan kerana Hospital Serdang kekurangan kepakaran dan perlu menunggu waktu yang lama.

Sarah perlu menjalani pembedahan semula iaitu repair RVOT dan Pulmonary Valve Implantation yang menelan kos sehingga RM80,000 di CVSKL. Berat hati Sarah membuat keputusan tersebut kerana kos pembedahan itu sangat tinggi, namun tiada pilihan lain. Hidup Sarah kini bergantung pada ubat Spironolactone dan Furosemide.

Kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka tabung untuk membiayai keperluan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga Sarah.

Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk meringankan beban keluarga ini. Hasil kebersamaan yang anda kongsikan dapat memberi kekuatan kepada Sarah untuk terus tabah menghadapi ujian.

========================================
Nama: Siti Sarah binti Ishak
Umur: 30 Tahun
Tempat Tinggal: Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur

MAKLUMAT PEMBEDAHAN
Kos: RM80,000
Jenis pembedahan: 
1) Repair RVOT
2) PV Implantation (Implan injap)
Tempat: Cardiac Vascular Sentral KL (CVSKL)
=======================================

Allah berfirman:
“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”   (QS. Al Maidah: 32)

Harini kita lihat orang susah, semoga usaha murni kita dibalas lebih baik daripada tindakan kita lakukan harini. Tiada harta yang mampu beli 1 nyawa, ia sangat berharga.

Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090