[DARI LAHIR TERPAKSA MENGGUNAKAN TANGKI OKSIGEN UNTUK BERNAFAS]
Takdir Allah tiada siapa yang dapat menjangka, tiada siapa yang mengetahui apa yang bakal jadi hari ini, esok dan seterusnya. Begitu juga dengan pasangan suami isteri ini, impian mereka untuk melihat anak lahir dengan sihat hancur sekelip mata apabila mengetahui baby Umar mengalami masalah jantung.
Umar Ammar dilahirkan pada 24 April lalu. Ketika 21 minggu dalam kandungan, ibunya, Puan Hafiza melakukan detailed scan di Hospital Kuala Lumpur. Detik sukar buat ibu dan bapanya apabila keputusan imbasan tersebut menunjukkan jantung baby Umar tidak normal. Puan Hafiza terus dirujuk ke Hospital Serdang untuk pemeriksaan lanjut.
Tiada kata-kata yang dapat meredakan kesedihan ketika baby Umar disahkan mengalami Simple Transposition of Great Arteries (TGA), iaitu salur darah utama di jantung dalam keadaan terbalik yang boleh menyebabkan kadar oksigen kurang daripada kebiasaanya.
Hancur luluh hati ibunya apabila terkenangkan setiap baris ayat yang dikatakan oleh doktor. Menurut doktor, baby Umar perlu segera menjalani pembedahan sejurus selepas lahir kerana oksigen di badannya tidak akan mencukupi tanpa pembedahan.
Dengan keadaan yang sarat mengandung, Puan Hafiza berulang alik ke Hospital Serdang untuk menjalani rawatan susulan bersama pakar jantung sehingga kandungannya memasuki usia 36 minggu.
Debaran kian terasa, penantian mereka selama ini telah berakhir. Baby Umar selamat dilahirkan pada usia kandungan 39 minggu secara normal di Hospital Kuala Lumpur. Berat badannya ketika lahir adalah 2.8kg.
Baby Umar dibawa terus ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) kerana keadaannya tidak stabil. Pada hari ketiga baby Umar lahir, doktor memasuki belon (balloon catheter) di jantungnya untuk membesarkan ruang jantung namun selepas itu baby Umar mula berak berdarah sehingga terpaksa menangguhkan pembedahan.
Kesedihan yang dirasai masih belum reda, hidup baby Umar bergantung pada mesin oksigen. Kadar oksigennya tidak seperti bayi lain yang normal. Hakikatnya sehingga kini, baby Umar masih berada di NICU. Hospital sudah menjadi rumah kedua buat ibu bapanya kerana terpaksa berulang alik.
Baby Umar perlu menjalani pembedahan segera bagi membetulkan saluran jantungnya yang terbalik. Alhamdulillah pembedahan telah selamat dijalankan pada 10 Mei yang lalu namun kos tersebut masih belum dilunaskan. Kos RM70,000 sangat tinggi nilainya bagi mereka sekeluarga, ditambah pula perbelanjaan harian mereka hanya bergantung kepada pendapatan Encik Alif.
Kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka tabung untuk membiayai keperluan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga baby Umar. Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk meringankan beban keluarga ini.
Bantu kami penuhi kos pembedahan dan rawatan baby Umar. Hasil kebersamaan yang anda kongsikan dapat memberi kekuatan kepada ibu bapa baby Umar untuk melihat anak mereka membesar sihat seperti orang lain.
Harini kita lihat orang susah, semoga usaha murni kita dibalas lebih baik daripada tindakan kita lakukan harini. Tiada harta yang mampu beli 1 nyawa, ia sangat berharga.
_________________________________________________________________________________________________________
Nama: Ummar Ammar B Muhammad Alif Ammar
Tarikh Lahir: 24 April 2021
Nama bapa: Muhammad Alif Ammar
Nama ibu: Nor Hafiza
Tempat Tinggal: Lembah Pantai, Kuala Lumpur
MAKLUMAT PEMBEDAHAN
Kos: RM70,000
Jenis: Arterial Switch
Tempat: Hospital Gleneagles Kuala Lumpur
Tarikh pembedahan: 10 Mei 2021
___________________________________________________________________________________________________
Allah berfirman:
“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”
(QS. Al Maidah: 32)
Disclaimer:
MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah baby Umar bagi menjayakan Tabung Jantung buat pesakit-pesakit jantung sepertinya. Hasil kutipan tersebut akan diberikan mengikut keperluan baby Umar dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Boleh ikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers