WALAUPUN SUDAH LUSUH, TIDAK MENJADI ALASAN BUAT MEREKA UNTUK BERHENTI MENGHAFAL DAN MENDALAMI QURAN

WALAUPUN SUDAH LUSUH, TIDAK MENJADI ALASAN BUAT MEREKA UNTUK BERHENTI MENGHAFAL DAN MENDALAMI QURAN

MARI KITA BERSAMA-SAMA BANTU MEREKA MENGENAL AL-QURAN DENGAN MEMBERI ATAU HADIAHKAN WALAUPUN SENASKAH



Membaca adalah satu budaya yang perlu diambil berat oleh semua lapisan masyarakat. Perintah membaca telah diperintahkan bermula daripada permulaan turunnya wahyu. 


Surah Al ‘Alaq, ayat 1.


اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ


Maksudnya : "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk)".


KENAPA PERLU BACA AL-QURAN?


Al Quran adalah satu bacaan yang sangat banyak faedahnya. Bermula daripada setiap huruf yang kita baca dikira sebagai pahala.


“Rasulullah SAW bersabda:


“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al Quran maka baginya satu kebaikan dengan bacaan tersebut, satu kebaikan akan digandakan 10 kebaikan dan aku tidak mengatakan الم satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf.”


(HR. Tirmidzi no. 6469)




Apabila kita sudah mula mencintai untuk selalu membaca Al-Quran. Nabi SAW mengajak umatnya supaya menjadi manusia yang terbaik dengan cara bukan setakat belajar Al-Quran, bahkan mengajar Al Quran.


“Sebaik-baik kalian adalah orang yang belajar Al-Qur`an dan mengajarkannya.”

 (HR Bukhari dari Usman, Al-Bukhari, No. 4639).




Mesti ramai tefikir, tiada masa untuk mengajar, nak membaca pun belum tentu habis 1 juzuk 1 hari. Jangan risau, jika anda tidak mampu mengajar, ayuh kita mudahkan anak-anak Afrika ini belajar dan menghafal Quran.



Mereka tiada Quran yang bercetak seperti yang sedia ada di Malaysia. Mereka belajar, mengaji dan menghafal, dengan menulis di atas kertas dan kayu.








Begitulah kehidupan saudara muslim kita di Afrika, walaupun al-quran yang mereka gunakan sudah lusuh, itu sama sekali tidak menjadi alasan buat mereka untuk berhenti menghafal dan mendalami Islam. Subhanallah


Kami dari MyFundAction ingin mengajak anda semua untuk kita sama-sama menjayakan projek Waqaf Quran Afrika dengan menyasarkan kutipan secara berterusan sebanyak RM150,000 setiap bulan.


Sebanyak 3,000 naskah al quran yang akan diedarkan kepada Saudara Muslim kita yang terdapat di 6 buah benua di seluruh Afrika. Kami akan mewakili anda untuk menyampaikan Quran yang anda wakafkan untuk mereka.  






Dalam firman Allah :


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنْفِقُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُمْ مِنَ الْأَرْض



"Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu."

(Al-Baqarah: 267).


Semoga Allah permudahkan segala urusan kita setelah kita mempermudahkan urusan saudara semuslim kita di seluruh dunia, inshaAllah!


Kami perlukan 3000 Naskah Al-Quran untuk diedarkan kepada mereka. Jom bantu saudara Islam kita di Afrika!!



Anda boleh pilih bilangan naskah seperti di bawah


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
WAKAF QURAN (10 Naskah)
WAKAF QURAN (5 Naskah)
WAKAF QURAN (1 Naskah)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090