WAKAF PERLUASAN RUANG SOLAT MASJID SEOUL:

[SATU-SATUNYA MASJID DI SEOUL YANG DIBUKA UNTUK PELAKSANAAN SOLAT JUMAAT]

Gambar : Muslim Seoul terpaksa solat di atas jalan tar dan di atas tangga

Kita di Malaysia patut rasa bersyukur dengan masjid-masjid di bandar utama khususnya, kerana negara kita meriah dengan pembangunan masjid-masjid baru dan tiada kekurangan seperti ruang solat kecil ataupun tidak selesa.

Masjid Seoul terkenal sebagai masjid pertama dan yang tertua di Seoul, di samping itu juga masjid ini adalah merupakan satu-satunya masjid di Seoul untuk jemaah Muslim di sana. Projek perluasan masjid ini telah tertangguh disebabkan kekangan Covid19.

___________________________________________________

Cukup terkesan dengan kata-kata seorang Imam:
"Kita boleh siapkan rumah kita berharga beratus-ratus ribu. Kita boleh buat loan, kita boleh buat itu buat ini..tapi kita tidak boleh nak siapkan masjid dan Pusat Komuniti Islam. Tak malukah kita pada Allah?"

Justeru, MyFundAction bertekad untuk mengambil tanggungjawab dengan teruskan perjuangan bagi meluaskan ruang solat Masjid Seoul yang secara tak langsung menjadi Pusat Komuniti Islam di sana,  demi maslahat dan keperluan umat Muslim di Seoul.

Kami tahu kerja berseorangan susah nak capai dan kita perlukan kerjasama dan kesatuan daripada kalian semua sebagai keluarga seakidah mereka. 

MASJID SEOUL SEBAGAI PUSAT DAKWAH

Masjid ini sangat aktif dalam melakukan aktiviti dakwah bagi komuniti Islam di sana. Namun begitu, ruang solatnya hanya mampu memuatkan sekitar 600 orang jemaah pada satu masa dan selebihnya terpaksa solat di atas tar jalan raya dan juga tangga pada hari-hari yang tertentu seperti Solat Jumaat, hari raya dan sebagainya.

Di samping itu, ruang solat wanita turut terpaksa dipindahkan ke perpustakaan mini masjid ini, dengan ruang yang lebih kecil dan tidak selesa, dan tiada ruang wuduk khas untuk jemaah muslimah.

Projek meluaskan masjid ini akan memuatkan lebih 1,000 orang jemaah yang hadir di masjid ini.



Gambar : Perincian perluasan kawasan ruang solat Masjid Seoul

BAGAIMANA UNTUK MENJAYAKAN PROJEK INI?



Baki dana yang diperlukan untuk menjayakan fasa 1 projek ini adalah sebanyak RM100,000. Kami ada sediakan beberapa pakej untuk anda saling berkongsi rezeki di dalam projek ini. InshaAllah dengan pakej ini sahaja anda akan menerima pahala yang tidak terhenti sehingga kiamat.

Projek : MASJID SEOUL

PAKEJ A (20 bahagian)  : RM1,000
PAKEJ B (10 bahagian)   : RM500
PAKEJ C (3 bahagian)     : RM150
PAKEJ D (1 bahagian)     : RM50

____________________________________
NOTA PENTING: AKAD WAKAF
Untuk teruskan wakaf, mohon dibacakan sekali akad wakaf seperti di bawah:

"Saya dengan ini berwakaf sebanyak (jumlah wang yang diwakafkan) atas nama (niat wakaf atas nama siapa) kepada apa-apa sahaja yang membawa kebaikan kepada Masjid Seoul yang dikelola oleh MyFundAction”
______________________________________
Untuk transaksi WAKAF secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.

Bank : MAYBANK
Nama : Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction)
No akaun : 5505 1097 0016
Sila letakkan rujukan “MASJID SEOUL“
_____________________________________

Kami juga akan rasa sangat berterima kasih kepada sesiapa sahaja yang mengambil kesempatan ini untuk berkongsi rezeki pada jalan Allah SWT. Semoga anda dilimpahkan rezeki yang mencurah-curah.




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
PAKEJ A (20 LOT) RM1,000
PAKEJ B (10 LOT) RM500
PAKEJ C (3 LOT) RM150
PAKEJ D (1 LOT) RM50
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090