[KOMPLEKS ANNUR, PUSAT PENGAJIAN AL QURAN YANG TERCANGGIH DI MALAYSIA]
Program ini adalah idea asal MyFundAction dimana ianya amat menekankan pembangunan generasi Al-Quran sehingga terlahir masyarakat yang menjadikan Al-Quran & sunnah sebagai teras dalam menjalani kehidupan.
Pembinaan Kompleks Annur oleh Annur Quranic Centre ini adalah untuk menjadi sebuat pusat Al-Quran yang kondusif, tercanggih dan mesra untuk semua lapisan umur.
Kompleks yang bakal didirikan merangkumi 2 blok 12 tingkat Bangunan Pentadbiran dan Akademik dan 2 buah 6 tingkat bangunan asrama. Ia disasarkan mampu memuatkan seramai 1,000 orang huffaz dalam satu masa.
Misi utama yang dibawakan oleh Annur Quranic Centre adalah untuk melahirkan seramai-ramainya generasi Al-Quran Profesional. Mereka ini bukan sahaja mempelajari Al-Quran tetapi turut dititikberatkan dari sudut profesionalisma.
Oleh itu, modul yang dibawakan oleh Annur Quranic Centre merupakan modul integrasi hafalan Al-Quran serta modul kemahiran insanian yang merangkumi 3 aspek iaitu kepimpinan, keusahawanan dan kesukarelawanan.
Buat masa ini, tahfiz beroperasi di bangunan sewaan bertempat di Manjung, Perak dan hanya mampu memuatkan seramai 50 - 70 orang pelajar sahaja.
Sepanjang 3 tahun beroperasi, lebih 300 orang pelajar telah mengikuti program hafalan singkat dan seramai 69 orang pelajar telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh 3 bulan.
Oleh itu,kami daripada MyFundAction mengajak anda untuk bersama merealisasikan pembinaan Kompleks Annur untuk masa depan pengajian al quran dan anak-anak anda.
Kos pembinaan secara keseluruhannya adalah RM24 juta secara berperingkat dan pembinaan akan dijalankan seawal bulan Februari pada tahun hadapan.
Semoga dengan adanya Kompleks ini lebih ramai penghafal Quran dan generasi Quran profesional dapat dilahirkan.
Firman Allah SWT:
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar merekalah orang-orang yang beruntung”.
(Surah Al-Imran: 104)