Modul Bagus, Ramai Nak Sertai, Tetapi Ruang Kelas Kecil dan Terpaksa Menumpang Bangunan Orang
_______________________________________________________________________
[TABUNG PEMBINAAN FASA 1 KOMPLEKS ANNUR (PUSAT AL-QURAN)

- Kelas
- Dewan
- Pejabat pentadbiran
- Stor
- Asrama lelaki dan perempuan
BAGAIMANA CARA BERWAKAF
Hasil wakaf anda yang bernilai RM 30 untuk satu bahagian dapat mendirikan fasiliti yang lebih lengkap dan kondusif kepada bakal huffaz profesional suatu hari.
Walaupun anda berwakaf untuk sebahagian kecil sahaja, pahalanya cukup besar bagi memberatkan timbangan amalan anda di Mizan kelak. Apatah lagi bangunan ini akan terus diimarahkan dengan bacaan Al-Quran, serta aktiviti-aktiviti dakwah sampai bila-bila. Justeru, pahala turut akan mengalir selama mana bangunan ini dimanfaatkan sebaiknya.
Jika mahu ganjaran yang tidak terjangkau nilainya, boleh juga pilih pakej di bawah:
Pakej A (10 Bahagian Waqaf) = RM300
Pakej B (5 Bahagian Waqaf) = RM150
Pakej C (3 Bahagian Waqaf) = RM90
Pakej D (1 Bahagian Waqaf) = RM30
Kami juga amat mengalu-alukan untuk anda berwaqaf bagi pihak yang tersayang:
- Ibu bapa yang sudah meninggal dunia atau yang masih hidup
- Isteri, anak-anak atau sahabat yang pernah berbudi dengan kita
- Lunaskan hutang kita kepada mereka yang kita sudah terputus hubungan
“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai dan apa saja yang kamu nafkahkan Maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya.”
(Surah Ali Imran, ayat 92)
_____________________________________________________________________________
Untuk transaksi WAKAF secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Bank : MAYBANK
Nama : Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction)
No akaun : 5505 1097 0053
Sila letakkan rujukan “WAKAF TAHFIZ“
____________________________________________________________________
Semoga rezeki yang anda kongsikan hari ini untuk membina Annur Quranic Centre mendapat keberkatan dari Allah Taala dan diluaskan rezeki yang melimpah ruah.