Modul Bagus, Ramai Nak Sertai, Tetapi Ruang Kelas Kecil dan Terpaksa Menumpang Bangunan Orang

_______________________________________________________________________


[TABUNG PEMBINAAN FASA 1 KOMPLEKS ANNUR (PUSAT AL-QURAN)





Tiada seorang manusia pun tahu bila ajal akan datang menjemputnya. Hikmah yang tersembunyi di sebalik rahsia kematian ini adalah supaya kita sentiasa bersungguh-sungguh meningkatkan amalan sebelum dapat dituai di akhirat kelak. 

Justeru, berwaqaflah semampu kita agar pahala sentiasa mengalir umpama sungai tanpa henti hatta selepas mati. Sekecil mana jumlah yang anda letakkan, pahala akan jadi berlipat ganda selagi mana harta waqaf itu dimanfaatkan.
___________________________________________________________________________________________________
[WAKAF YANG TAKKAN DIRUGIKAN]
[PUSAT TAHFIZ INTEGRASI MODEN TERBAIK DI MALAYSIA]

Kompleks Annur Quranic Centre dibina untuk semua peringkat umur demi melahirkan generasi Al-Quran Profesional yang bukan sahaja mahir ilmu Al-Quran, bahkan memiliki kemahiran insaniah yang tinggi merangkumi iaitu 3 aspek kepimpinan, keusahawanan, dan kesukarelawanan. 

Sepanjang 3 tahun beroperasi, lebih 300 orang pelajar telah mengikuti program hafalan singkat dan seramai 69 pelajar telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh 3 bulan. Dan kami mensasarkan dapat melahirkan lebih ramai huffaz profesional dan ilmuwan Quran.
 
Sebuah kompleks 12 tingkat yang terletak di Tronoh, Perak ini bakal melahirkan 1000 orang pelajar tahfiz dalam satu-satu masa, dijangkakan siap sebelum tahun 2022 mengikut 3 fasa : 

Fasa #1 - Proses pembelian tapak tanah (selesai)
Fasa #2 - Pembinaan kompleks (sedang berjalan dan masih belum mencukupi dana)
Fasa #3 - Kelengkapan fasiliti (bermula hujung tahun 2021)



Mengikut pelan, pemberian wakaf ini digunakan untuk membina 2 buah bangunan setinggi 12 tingkat dan 2 blok bangunan 6 tingkat yang menempatkan:

  1. Kelas
  2. Dewan
  3. Pejabat pentadbiran
  4. Stor
  5. Asrama lelaki dan perempuan 




BAGAIMANA CARA BERWAKAF

Hasil wakaf anda yang bernilai RM 30 untuk satu bahagian dapat mendirikan fasiliti yang lebih lengkap dan kondusif kepada bakal huffaz profesional suatu hari. 

Walaupun anda berwakaf untuk sebahagian kecil sahaja, pahalanya cukup besar bagi memberatkan timbangan amalan anda di Mizan kelak. Apatah lagi bangunan ini akan terus diimarahkan dengan bacaan Al-Quran, serta aktiviti-aktiviti dakwah sampai bila-bila. Justeru, pahala turut akan mengalir selama mana bangunan ini dimanfaatkan sebaiknya.

Jika mahu ganjaran yang tidak terjangkau nilainya, boleh juga pilih pakej di bawah:

Pakej A (10 Bahagian Waqaf) =  RM300

Pakej B    (5 Bahagian Waqaf) = RM150 

Pakej C    (3 Bahagian Waqaf) = RM90

Pakej D    (1 Bahagian Waqaf) = RM30

 

Kami juga amat mengalu-alukan untuk anda berwaqaf bagi pihak yang tersayang:

  • Ibu bapa yang sudah meninggal dunia atau yang masih hidup
  • Isteri, anak-anak atau sahabat yang pernah berbudi dengan kita
  • Lunaskan hutang kita kepada mereka yang kita sudah terputus hubungan 

 

“Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai dan apa saja yang kamu nafkahkan Maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya.”

(Surah Ali Imran, ayat 92)

_____________________________________________________________________________

Untuk transaksi  WAKAF secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.

Bank : MAYBANK

Nama : Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction)

No akaun : 5505 1097 0053

Sila letakkan rujukan “WAKAF TAHFIZ“

____________________________________________________________________

Semoga rezeki yang anda kongsikan hari ini untuk membina Annur Quranic Centre mendapat keberkatan dari Allah Taala dan diluaskan rezeki yang melimpah ruah. 



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
PAKEJ A (10 BAHAGIAN WAKAF) RM300
PAKEJ B (5 BAHAGIAN WAKAF) RM150
PAKEJ C (3 BAHAGIAN WAKAF) RM90
PAKEJ D (1 BAHAGIAN WAKAF) RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090