Bukan Tawaran Bersedekah, Tapi Tawaran Berwakaf untuk Pembinaan Masjid


"Bukan Tawaran Bersedekah, Tapi Tawaran Berwakaf untuk Pembinaan Masjid yang Pahala Jariahnya Takkan Pernah Terhenti Walau Jasad Dimamah Bumi'
____________________________________________________________________________________________________

Berwakaf dalam membina Surau & Masjid bermaknanya kita membina atau menyediakan tempat perhimpunan umat Islam untuk beribadat, berhalaqah ilmu, bertadarrus al-Qur’an bermesyuarat dan lain-lain amal kebajikan. 



Gambar Rekaan Illustrasi Masjid Ar Rahmaniah, Tronoh Yang Bakal Didirikan.


Sudah 55 Tahun, Kariah di Tronoh, Perak semakin bertambah namun Masjid Ar-Rahmaniah belum mampu untuk menampung jumlah kariah yang meningkat ini. Ahli Kariah akan pergi solat di masjid di kawasan lain, kerana ruangan disini terhad.



RM 50 TEMPAH SATU NAMA BINA MAAHAD TAHFIZ DAN RUMAH ALLAH INI


Orang yang mewakafkan hartanya akan diganjarkan pahala berkekalan selama mana harta wakaf itu masih ada dan terus dimanfaatkan serta tidak musnah.


Sudah tentu ia berbeza dengan sedekah lain. Contohnya, seseorang mewakafkan wang RM10 untuk pembinaan masjid. Selagi masjid itu kekal, selagi itu pahala akan mengalir kepada pewakafnya.


Sedekah pula seperti seseorang menyedekahkan RM10 kepada peminta sedekah. Duit RM10 itu digunakan untuk membeli makanan bagi menghilangkan kelaparan.


Setelah makanan itu habis, pahala sedekah hanya setakat itu saja. Oleh itu, di samping melakukan sedekah, rebutlah peluang untuk berwakaf sama ada dalam bentuk wang tunai, aset dan sebagainya.


Semoga Allah SWT memberikan ilmu dan kefahaman supaya kita dapat membuat persiapan sebaik-baiknya demi keuntungan kehidupan di akhirat yang kekal abadi.


Sumber: Al-Kafi li al-Fatawi, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Semakin banyak fasiliti yang diperlukan, malah masjid yang bakal dibina ini juga diharapkan menjadi masjid yang mesra warga tua dan OKU. Ahli jawatankuasa masjid, telah mengusulkan pembinaan baharu Masjid Tronoh.


Alhamdulillah fasa 1 telah selesai. Tanah sudah ada. Dan terkini sedang berjalan Fasa Ke-2 pembinaan masjid. Namun dana berbaki RM1,786,640 masih diperlukan untuk meneruskan  fasa 2 projek pembinaan sebelum Disember 2021.



KEPERLUAN DANA PEMBINAAN LENGKAP : RM6,000,000


DANA FASA 1 DIPERLUKAN : RM600,000 (telah selesai)


DANA FASA 2 DIPERLUKAN : RM2,500,000

DANA TELAH TERKUMPUL : RM713,360

BAKI DANA DIPERLUKAN : RM1,786,640



Pembinaan Masjid Ar-Rahmaniah kini telah memasuki fasa 2. Hasil wakaf tuan/puan, sekarang kerja-kerja pembersihan tapak, penetapan arah kiblat, penandaan sempadan tapak dan kerja-kerja cerucuk telah dijalankan. Tetapi masih belum masuk fasa untuk pacak tiang, rasuk bumi, dan sebagainya.



Lokasi tapak pembinaan (Lot 339658,  Mukim Belanja, Daerah Kinta,Perak)

__________________________________________________________________


KENAPA PERLU SEGERAKAN PROJEK PEMBANGUNAN MASJID AR-RAHMANIAH?

(1) Dewan solat akan diperbesar bagi menampung jumlah penduduk yang semakin rama

(2) Penyediaan fasiliti yang lebih lengkap untuk memudahkan pengurusan ahli kariah masjid dan warga penduduk kampung seluruhnya seperti bilik jenazah yang lebih lengkap dan luas, rumah musafir serta gerai-gerai kecil untuk membantu peniaga kecil sekitar.

(3) Sebagai tempat menyatukan penduduk Tronoh dalam melakukan segala aktiviti ibadah.

(4) Aktiviti-aktiviti seperti pernikahan, kelas keagamaan dan ibadah setiap hari akan menjadi lebih baik untuk mereka.

(5) Melengkapkan wilayah perkampungan sebagai kawasan penduduk yang beragama Islam.


Sabda Rasulullah SAW: 

Siapa membina sebuah masjid kerana Allah, sama ada dia kecil atau besar, pastilah Allah akan membinakan untuknya sebuah rumah (istana) dalam syurga.

[Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

_________________________________________________________


Kami membuka peluang buat anda untuk beramal, kerana sesungguhnya wakaf yang disalurkan ini akan menjadi saksi amal jariah kita di akhirat kelak.


Anda boleh memilih mana-mana pakej wakaf seikhlas hati anda:

PAKEJ A - RM500
PAKEJ B - RM200
PAKEJ C - RM100
PAKEJ D - RM50
_________________________________________________________

Untuk transaksi WAKAF secara manual / transfer / CDM boleh bank in ke akaun di bawah.

Bank : MAYBANK
Nama : Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction)
No akaun : 5505 1097 0053
Sila letakkan rujukan “WAKAF MASJID“


Kami dari MyFundAction dengan rendah hati ingin mengajak rakyat Malaysia untuk berganding bahu bagi menjayakan projek ini. 


Ayuh kita bersama-sama membina rumah Allah. Moga Allah merahmati kalian dengan usaha ini. Bayangkan betapa besarnya manfaat yang dapat dirasai oleh ummat dengan masjid baharu ini.


Keterlibatan dan keprihatinan anda didahului dengan ucapan terima kasih. Hanya Allah yang mampu membalasnya.


Untuk maklumat lanjut mengenai pertubuhan, program dan aktiviti, sila lawati:

Facebook: https://www.facebook.com/myfundaction.org


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Pakej A RM500
Pakej B RM200
Pakej C RM100
Pakej D RM50
Pakej E RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090