Projek Wakaf: RM 150K diperlukan untuk Baik Pulih Surau Islah Kg. Lobou, Sabah, Pusat Kegiatan Mualaf.

Berwakaflah Kerana Wakaf Adalah Merupakan Pelaburan Yang Tidak Akan Pernah Merugikan.

Ambil Peluang Berwakaf Menjana Saham Pahala Kekal Sehingga Akhirat 



Gambar Surau Islah, Kg. Lobou yang memerlukan proses baik pulih sebagai pusat kegiatan Mualaf.


Surau ini ditubuhkan bagi memenuhi keperluan pendudukan kampung yang beragama Islam. Surau ini telah ditubuhkan atas inisiatif seorang mualaf, En Miasin dengan mengumpulkan dana sedikit demi sedikit, bersebelahan rumah dan di atas tanahnya sendiri. 


Walaubagaimanapun, apa yang lebih  menyedihkan adalah apabila terdapat beberapa buah gereja ditubuhkan berhampiran dengan surau ini. Ini sedikit sebanyak memberi cabaran yang agak besar buat golongan minoriti mualaf sebanyak 30 buah keluarga (150 orang) daripada keseluruhan 173 buah keluarga yang tinggal di sekitar kampung ini. 


Surau ini sangat perlu diperbaiki segera agar boleh menjadi pusat pembelajaran dan bimbingan agama Islam terutama buat golongan mualaf di kampung ini. Mereka sangat memerlukan sokongan dan dokongan kita semua untuk tetap teguh berpegang kepada agama Islam.



Lokasi tapak pembinaan ( Kampung Lobou, Menggatal, Sabah )



RM50 TEMPAH SATU NAMA PEWAKAF BAIK 

PULIH SURAU AL-ISLAH, PUSAT KEGIATAN MUALAF DI SABAH

“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Qs. Al Hadid: 18)




KENAPA PERLU SEGERAKAN PROJEK PEMBANGUNAN SURAU AL-ISLAH, KG. LOBOU, MENGGATAL SABAH INI ?


(1) Sebagai pusat melaksanakan ibadah secara berjemaah.


(2) Sebagai tempat menyatukan penduduk Mualaf Kg. Lobou dalam melakukan segala aktiviti ibadah.


(3) Aktiviti-aktiviti seperti pernikahan, kelas keagamaan dan ibadah setiap hari akan menjadi lebih baik untuk mereka.


(4) Melengkapkan wilayah perkampungan sebagai kawasan penduduk mualaf yang baru sahaja beragama Islam.


( 5 ) Pembinaan tempat penyediaan makanan yang khusus demi memastikan kebersihan dan kekemasan surau. 


( 6) Memperbaiki sistem wiring bagi mengelakkan gangguan eletrik.


(7) Memperbaiki sistem saliran sedia ada perlu bagi mengelakkan air bertakung sehingga membuatkan lantai dipenuhi air dan jemaah tidak dapat meneruskan aktiviti ibadah di surau.


(8) Memudahkan pelaksanaan pusat dakwah yang paling dekat dengan penduduk kampung. Kebanyakan penduduk kampung ini terdiri daripada asnaf yang mempunyai masalah pengangkutan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Namun, kewujudan surau ini sangat membantu pergerakan dakwah kepada yang mereka yang beragama Islam mahupun Kristian.


SASARAN DAN JUMLAH KOS YANG DIPERLUKAN?


Kami menyasarkan kutipan sebanyak RM150k bagi membiayai keseluruhan kos pembinaan Surau Kg. Islah. Proses pembinaan akan bermula sejurus jumlah sasaran berjaya dicapai.


Sabda Rasulullah SAW: 

Siapa membina sebuah masjid kerana Allah, sama ada dia kecil atau besar, pastilah Allah akan membinakan untuknya sebuah rumah (istana) dalam syurga.

[Hadith riwayat Al-Bukhari dan Muslim]


Kami membuka peluang buat anda untuk beramal, kerana sesungguhnya wakaf yang disalurkan ini akan menjadi saksi amal jariah kita di akhirat kelak.



BAGAIMANA INGIN MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA PEWAKAF SURAU ISLAH, KG LOBOU INI?


Anda boleh memilih mana-mana pakej seikhlas hati anda:

PAKEJ A - RM500
PAKEJ B - RM200
PAKEJ C - RM100
PAKEJ D - RM50
PAKEJ E - RM30


Kami dari MyFundAction dengan rendah hati ingin mengajak rakyat Malaysia untuk berganding bahu bagi menjayakan projek ini. Keprihatinan anda didahului dengan ucapan terima kasih. Hanya Allah yang mampu membalasnya.


Ayuh kita bersama-sama kami dalam projek pembangunan membina rumah Allah dan merealisasikan harapan penduduk kampung mualaf ini. Moga Allah merahmati kalian dengan usaha ini. Bayangkan betapa besarnya manfaat yang dapat dirasai oleh saudara baru kita dengan penambahbaikan surau ini.

Untuk mendapatkan update lagi, boleh layari ke Facebook page kami

Facebook: https://www.facebook.com/myfundaction.org



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
PAKEJ A (RM500)
PAKEJ B (RM200)
PAKEJ C (RM100)
PAKEJ D (RM50)
PAKEJ E (RM30)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090