[MAHU BERSAMA RASULULLAH DI SYURGA KELAK? AYUH BERWAKAF KELAS MENGAJI UNTUK ANAK – ANAK YATIM]
Bayangkan mereka lahir ke dunia tanpa kasih sayang sejati ibu dan ayah. Jauh di sudut hati, ingin sekali berada di dalam pelukan mereka yang bergelar ibu dan bapa.
Menyantuni anak yatim menjadi satu kewajiban untuk semua umat Islam. Sejumlah 23 kali perkataan yatim disebut dalam al-Quran.
Dalam Al-Quran jelas menegaskan akan betapa pentingnya melindungi serta menjaga kebajikan dengan memenuhi keperluan mereka; makan, pakaian, pendidikan, kesihatan, tempat berlindung dan sebagainya.
“Mereka bertanya kepadamu tentang anak yatim, katakanlah: memperbaiki keadaan mereka adalah baik,”
(Al-Baqarah: 220)

HANYA MAHU BELAJAR MENGAJI
“Kan best kalau ada kelas mengaji lagi. Dah lama takde kelas dengan ustaz.”
Jiwa mereka masih bersih. Terserlah kesungguhan mereka mahu mendalami keindahan al-Quran. Akan tetapi, kemiskinan telah membataskan peluang anak-anak ini.
“Kadang-kadang, saya ajar adik-adik lepas solat Maghrib, tapi bacaan saya pun tak betul sangat.”
Sudah sekian lama anak-anak ini belajar Al-Quran tanpa guru. Kelas mengaji mereka tergendala sejak PKP Mac 2020 yang lalu.
ANAK – ANAK YATIM ‘LUBUK BERHARGA’ MERAIH PAHALA
Sanggupkah kita sebagai orang dewasa membiarkan mereka terkapai begitu sahaja? Dibiarkan jiwa mereka kosong tanpa al-Quran yang bakal menjadi petunjuk kepada mereka saat keluar ke dunia yang penuh tipu daya.
Rasullulah SAW bersabda,
“Barangsiapa yang memelihara anak yatim dan memberinya makan dan minum niscaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga kecuali jika dia melakukan dosa yang tidak dapat diampuni.”
(Riwayat al-Tirmizi)

SASARAN DAN JUMLAH KOS YANG DIPERLUKAN
Justeru, MyFundAction menyasarkan kutipan sebanyak RM 50,000 untuk mewujudkan kelas mengaji bersama anak yatim di Yayasan Amanah An-Nur Maisarah yang lebih kondusif dan percuma untuk anak-anak ini yang akan membantu dari segi:
- Kos pengajar
- Alat bantu mengajar
- Qiraati & Quran
Sudahkah anda mempersiapkan amalan untuk dibawa ke akhirat kelak? Rebutlah ganjaran pahala yang berlipatganda bersama anak-anak yatim ini. Inilah peluang anda untuk ‘membeli’ Syurga Allah, sebaik-baik tempat bagi orang beriman.

BAGAIMANA INGIN BERKONGSI REZEKI?
Ayuh sebar kebahagiaan dengan berkongsi rezeki dengan pakej pilihan hati anda:
Pakej A: RM 200
Pakej B: RM 100
Pakej C: RM 50
Pakej D: RM 30
Sabda Rasulullah SAW,
“Aku dan orang yang menanggung anak yatim (kedudukannya) di syurga seperti ini”, kemudian beliau SAW mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah beliau SAW, serta agak merenggangkan keduanya”.
[HR. Bukhari]
