Beramal Subuh, Ikhtiar Murah Rezeki
Tahukah sahabat, doa Malaikat itu mustajab dan dikabulkan Allah?
Setiap pagi ada dua malaikat yang mendoakan kita setiap pagi. Satu malaikat mendoakan kebaikan dan satu mendoakan keburukan buat kita. Mari kita simak hadis Sahih Bukhari & Muslim dibawah :
“Tidak ada satu subuhpun yang dialami hamba hamba allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat salah satu diantara keduanya berdoa : ya allah berikanlah ganti bagi orang yang berinfak; sedangkan yang satunya lagi berdoa : ya allah berilah kerusakan bagi orang yang menahan hartanya “ (HR. Bukhari&Muslim)
Bagaimana caranya kita mendapatkan doa kebaikan dari Malaikat?
Orang yang mengharapkan doa malaikat sepatutnya menjadikan hadis ini sebagai rujukan utama dan beramal dengannya. Ternyata ada rahsia tersembunyi di waktu Subuh. Dengan beramal di waktu Subuh ini, insya Allah menjadi satu ikhtiar untuk rezeki berganda. Rezeki yang dikongsikan, Malaikat doakan supaya digantikan. Masya Allah , amalan mudah tapi sangat menguntungkan.
jadi, mari kita mulakan hari ini dengan amalan berkongsi rezeki buat anak-anak di Syria. Hadiahkan roti hangat agar mereka dapat mengisi perut ditengah kemelut peperangan di Syria.
ROTI HANGAT DARI RAKYAT MALAYSIA BUAT ANAK-ANAK DI SYRIA
Alhamdulillah, Kilang roti yang ditunggu-tunggu sudah siap dan sudah mula beroperasi.
Selepas ini, kesedihan yang dirasai anak-anak Syria selama ini akan bertukar jadi kegembiraan. Begitu banyak kebaikan yang berjaya digapai dengan terdirinya kilang roti ini
- 15,000 Pelarian Syria Akan Dapat Manfaat bekalan makanan
- Lebih Banyak Peluang Pekerjaan Untuk Pelarian Syria
- Sebagai Bekalan Makanan Berterusan Setiap Hari
Walaupun ‘hanya roti’ yang kita sama-sama bekalkan. Tapi, lihatlah wajah-wajah gembira mereka kita terima roti dari kalian. Dengan roti ini, setidaknya tak perlu menahan lapar lagi.

Bagi menggerakkan usaha ini, keperluan kewangan masih lagi diperlukan untuk menghasilkan roti supaya dapat terus diedarkan setiap hari kepada keluarga Syria di sana.
Jom semua, kita terus buat kebaikan dengan hadiahkan roti buat saudara kita di Syria.
Kembalikan senyuman dan harapan mereka.