HULURKAN TANGAN BAGI MEMBANTU GOLONGAN YANG MEMERLUKAN BAGI MENDAPATKAN RAWATAN YANG TERBAIK
Penjagaan kesihatan yang buruk seringkali di kaitkan dengan kemiskinan. Golongan berpendapatan rendah seringkali mengabaikan penjagaan kesihatan kerana desakan hidup. Mereka bergelut antara wang untuk rawatan dan keperluan kehidupan seperti makanan, sewa rumah dan sebagainya. Kadangkala ada yang berhadapan risiko kematian kerana tidak mendapatkan rawatan yang baik.
Mereka sering dikaitkan dengan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes mellitus, darah tinggi, penyakit buah pinggang kronik, dan banyak lagi. Dengan kira-kira 47.6 peratus, kumpulan ini mempunyai jumlah penghidap NCD tertinggi.
Perkara ini terjadi kerana kurangnya kesedaran serta tidak melaksanakan pemeriksaan kesihatan. Mereka bukan tidak mahu, tetapi perlu mengutamakan hal-hal kehidupan yang lain seperti mencari rezeki, menampung sewa rumah, menampung kos pendidikan anak-anak serta banyak lagi.
TIDAK SEMUA BERKEMAMPUAN SEPERTI KITA
Ini kisah salah seorang pesakit yang memerlukan perkhidmatan klinik bergerak. Dia memerlukan servis pengangkutan pada setiap kali rawatan di hospital. Keadaannya yang terlantar ini, sememangnya tidak dapat menggunakan kereta biasa untuk bergerak
Muhammad Faiz Yeo Bin Muhammad Riduan Yeo, 19 tahun yang ditimpa tragedi kemalangan ketika menaiki motorsikal dalam perjalanan ke tempat kerja pada 4 September 2020 lalu.
Adik Faiz telah dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang selama 78 hari dan baru discaj pada 20 November 2020 yang lepas.
Sahabat sekalian, rata-rata golongan B40, tidak mampu untuk menampung kos pengangkutan, bahkan ada yang tiada kereta malah tinggal jauh di pedalaman. Klinik Bergerak MyHeart menyasarkan golongan ini bagi meringankan beban yang dihadapi.
Sedih rasanya saat mendengar luahan pesakit-pesakit yang kami ziarahi. Ada yang terpaksa mengikat perut kerana perlu menyewa kenderaan semata-mata untuk ulang -alik ke hospital. Kerana keterbatasan mereka, ada juga yang tidak mendapatkan rawatan susulan.
Melihat kepada perkara ini, MyHeart dengan kerjasama MyFundAction telah melancarkan Projek Klinik Bergerak MyHeart dimana rawatan dan pemeriksaan kesihatan dapat dijalankan dari rumah ke rumah serta menyediakan pengangkutan buat yang sukar untuk ke hospital.
Dengan wujudnya Klinik Bergerak MyHeart, kami juga berhasrat untuk memudahkan pesakit agar rawatan dapat dilakukan di rumah mereka sendiri tanpa keluar untuk menjalani rawatan di pusat kesihatan yang jauh dari rumah.
SERVIS YANG DIJALANKAN OLEH KLINIK BERGERAK
✅ Perkhidmatan Pesakit Luar
✅ Prosedur kecil dan cucian luka
✅ Gantian alatan-alatan perubatan seperti tiub makanan, tiub kencing dan lain-lain.
✅ Memberikan khidmat nasihat tentang kesedaran kesihatan
✅ Pengangkutan percuma untuk pesakit
SEMAKIN RAMAI YANG MEMERLUKAN KHIDMAT KLINIK BERGERAK,
Sebuah ambulans Klinik Bergerak MyHeart ini memerlukan sekurang-kurangnya RM100,000 setiap bulan selama 6 bulan berturut-turut agar projek ini berjalan dengan lancar.
Dengan ini, rawatan dan pemeriksaan awal kesihatan dapat dijalankan dari rumah ke rumah kerana mencegah lebih baik dari merawat.
KAMI MEMBUKA PELUANG KEPADA ANDA UNTUK MENJADI SEBAHAGIAN YANG MENJAYAKAN MISI INI
Anda boleh memilih mana-mana pakej untuk menyertai misi Klinik Bergerak ini. Moga dengan sokongan anda klinik bergerak dapat terus beroperasi
✅ PAKEJ A - RM500
✅ PAKEJ B - RM200
✅ PAKEJ C - RM100
✅ PAKEJ D - RM50
✅ PAKEJ E - RM 50
Kami dari MyHeart dengan kerjasama MyFundAction dengan rendah hati ingin mengajak rakyat Malaysia untuk berganding bahu bagi menjayakan projek ini. Mereka juga berhak untuk dibantu. Walaupun mereka bukan saudara kita dan kita tidak kenal mereka. Suara hati pilu mereka adalah panggilan dari Allah SWT ke hati-hati kita. Sesungguhnya perkongsian dan keprihatinan anda didahului dengan ucapan terima kasih. Hanya Allah yang mampu membalasnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai pertubuhan, program dan aktiviti, sila lawati:
Facebook: https://www.facebook.com/myfundaction.org
" Dengan ini saya bersetuju untuk berwakaf sebanyak ( nytakan nilaian pakej yang di ambil) kerana Allah Taala"