
Ketika umur 5 tahun, adik Qaseh kerap mengalami demam dan kesihatannya mula memburuk. Kehidupan kanak kanaknya tidak seperti orang lain. Dia tidak dapat bermain seperti rakan-rakan lain kerana mudah letih dan pucat.
Pada Jun 2019, adik Qaseh dimasukkan ke ward untuk tambah darah. Setelah didiagnos, Adik Qaseh didapati menghidapi Acute Lymphiblastic Leukimia (ALL).
Mula menjalani kimoterapi pada 23 Julai 2019, dan adik Qaseh perlu melalui kimoterapi susulan selama 2 tahun. Setelah 5 cycle melalui kimoterapi, dan kini Qaseh juga perlu mengambil ubat kimoterapi secara oral.
Bagai jatuh di timpa tangga, ayahnya yang bekerja sebagai peniaga pasar malam terpaksa berhenti kerja demi memberikan perhatian untuk rawatan Qaseh. Keluarga mereka hilang punca pendapatan utama.
Rawatan demi rawatan dilalui, malahan mereka berulang alik ke Hospital Pulau Pinang sangat memerlukan sokongan kos pengangkutan serta kos rawatan.
Anggaran kos sebanyak RM 6,000 diperlukan untuk membantu ; -
1) membeli susu khas
2) lampin serta
3) kos pengangkutan ulang alik ke hospital.
Bapanya pula hanya mampu meniaga di hadapan rumah, dengan jualan pendapatan sekitar RM 1,000 sebulan tidak mampu menampung kos ini seorang diri. Adik Qaseh kini berusia 7 tahun, dan kami berharap dia dapat menjalani persekolahan dengan baik.
Kami dari MyHeart dengan kerjasama MyFundAction membuka tabung buat pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga adik Qaseh bagi membiayai kos rawatan dan keperluan perubatan mereka.
Allah berfirman:
“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”
(QS. Al Maidah: 32)