
Program Rezeki Ummat, Keperluan Asas Buat Mereka Yang Memerlukan.
Setiap bulan apabila tiba gaji, kita pasti sedang memikirkan gaji yang diperoleh masih tidak cukup untuk bayar itu dan ini. Tetapi kita juga perlu fikir masih ada orang yang tidak ada gaji untuk membeli makanan sahaja.
Dalam menghadapi gelombang ke-3, pasti ada di antara kita yang ekonominya semakin terjejas. Dalam sedar atau tidak, ramai yang makin susah. Ada yang susut sumber pendapatan, bahkan ada yang kehilangan kerja sekaligus hilang pendapatan.
Sasaran kempen ini adalah sebanyak 3,000 buah kotak setiap bulan yang mana kos bagi sebuah kotak adalah RM140.00. Oleh itu, kami menyasarkan kutipan sebanyak RM420,000 sebulan.
Pelbagai cerita dan situasi yang telah kami lalui semasa pengagihan dilakukan. Ada yang hilang pekerjaan, tiada susu untuk anak-anak, tiada wang untuk membeli makanan dan macam-macam lagi.
Jujur kami katakan kali ini benar-benar menguji jati diri kerana setiap agihan yang kami buat, pelbagai cerita dan berbagai jenis keadaan yang kami jumpa.
Seperti pakcik ini, beliau diduga dengan musibah banjir pada Januari 2021 di Pahang. Habis barang di dalam kediaman beliau rosak dan diselimuti dengan lumpur. Proses pembersihan memakan masa yang lama apabila terpaksa ‘mencuci’ rumah tersebut.
Ibu ini pula sanggup turun ke laut demi keluarga. Ini kerana keperluan keluarga yang mendesak menjadikan beliau tiada jalan lain untuk terus bertahan. Beliau juga diberi kelebihan Allah SWT apabila diduga untuk menjaga ibu mertuanya yang lumpuh, kakak serta anaknya yang OKU. Asam garam kehidupan perlu ditempuh membuatkan beliau dan suami hanya bekerja sebagai nelayan.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Diharapkan dengan pemberian ini, dapat meringankan beban mereka lebih-lebih lagi dalam perintah kuarantin ini.
INI ADALAH BARANG KEPERLUAN ASAS DAPUR
Kesempitan dan kesusahan beberapa warga rakyat Malaysia tidak terhingga. Kesusahannya bukanlah kecil, tetapi merupakan kesusahan di mana sesuap nasi susah untuk cari, air seteguk susah cari. Ayuh, kita berjuang untuk ringankan beban saudara-saudari kita.
Bawah kempen ini, kita akan mengisi Kotak Rezeki Ummat dengan lebih 15 barang keperluan asas seperti beras, garam, sardin, biskut kering, susu, teh, telur, lalu akan diedarkan kepada mereka yang memerlukannya.
AYUH KITA BERJUANG BERSAMA KEMPEN REZEKI UMAT!
Sepanjang tahun 2020 yang lalu, sebanyak 26,605 keluarga telah mendapat manfaat daripada edaran kotak Rezeki Ummat ini dan beban mereka diringankan secara besar-besaran.
Ada di antara penerima manfaat kotak Rezeki Ummat adalah mangsa banjir yang melanda negara kita sebelum ini, asnaf, golongan mualaf, anak yatim dan mereka yang terjejas pendapatan dek kerana pandemic covid-19.
Setiap keluarga yang layak bakal dibekalkan dengan kotak Rezeki Ummat yang berisi bahan-bahan makanan asas. Tidak banyak tetapi kami yakin akan meringgankan beban mereka buat masa ini.
Jika kita berkongsi makanan walaupun pada seorang penerima, Nabi S.A.W bersabda:
"Sesungguhnya orang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan..."
[H.R Thabrani]
Malah, perbuatan ini adalah perbuatan paling terbaik dalam Islam iaitu hanya memberi orang lain makan. Oleh itu kami daripada MyFundAction mengajak anda untuk menjadi orang yang terbaik dengan hanya memberi makan.
Tambahan, kempen ini mengfokuskan pemberian kepada beberapa penerima di seluruh negara yang terkesan dalam usaha menangani penularan wabak pandemik seperti :
1. Golongan B40, miskin dan miskin tegar.
2. Kurang Berkemmpuan (OKU dan Orang Tua)
3. Bantuan pasca banjir
4. Mesyarakat pendalaman (Orang Asli)
5. Hilang punca pendapatan.
Kami masih memerlukan sokongan anda hari ini demi menjaga kesihatan masyarkat di Malaysia
BAGAIMANA MAHU BERSAMA HULURKAN BANTUAN?
Untuk membantu, anda boleh pilih pakej di bawah:
✅ REZEKI UMMAT A – RM 140
✅ REZEKI UMMAT B – RM 70
✅ REZEKI UMMAT C – RM 50
✅ REZEKI UMMAT D – RM 30
InsyaAllah semoga asbab kebaikan anda membantu keluarga ini, rezeki anda akan diberkati dan terbuka seluasnya pintu rezeki buat keluarga anda. Semoga kita sentiasa di bawah lindungan dan keberkatan Allah SWT.
Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.