PERLUKAN RM 53,000 UNTUK KOS PEMBEDAHAN JANTUNG

Bagaimana keadaan Umairah ya puan?
"Umairah memang pucat, dia memang tak boleh bermain macam kawan-kawan dia. Kalau dia penat tu, dia duduk saja. Kalau dia tidur, nafas dia laju betul. Saya boleh nampak nafas dia yang laju, turun naik" luah Puan Ainul,ibu kepada adik Umairah
Kata doktor, Umairah harus segera menjalani pembedahan. Kegagalan jantung yang lebih teruk akan terjadi sekiranya Umairah tidak dibedah
..........................................................................
Adik Umairah lahir tidak cukup bulan, dan ketika usia 11 bulan, badan adik Umairah pucat tidak seperti bayi yang lain. Hasil ujian darah, doktor mendapati bacaan darah merah sangat rendah hingga mencecah 7g/dl
Adik Umairah diberi ubat tambah darah sehingga beberapa bulan, namun ubat itu tidak dapat membantunya. Setelah diperiksa lagi adik Umairah didapati menghidap jantung berlubang (Atrial Septal Defect). Jantungnya juga bengkak dan dia bergantung kepada ubat jantung (Furosemide)
Sejak kecil lagi adik Umairah dikesan ada kegagalan pada jantungnya. Tubuhnya kecil sehingga 3 tahun ini tumbesarannya tidak berjalan dengan baik
Adik Umairah perlu berulang alik ke hospital Lahad Datu bagi pemeriksaan jantung secara berkala. Jika ke hospital, Umairah dan ibunya akan menaiki bas untuk berulang alik kerana bapanya bekerja. Mereka hanya mempunyai sebuah motorsikal sebagai urusan pengangkutan mereka.
Pembedahannya dijangka akan dijalankan dalam masa terdekat ini oleh doktor pakar yang dirujuk di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur. Adik Umairah masih menunggu tarikh pembedahan dan bapanya juga sedang berusaha untuk menampung kos yang diperlukan.
Bapanya hanya bekerja sebagai mekanik dengan pendapatan sekitar RM 1,100 sepastinya tidak mampu kos sebesar ini. Mereka pula baru menyambut cahaya mata baru beberapa bulan lepas.
========================================
KEPERLUAN
Kos: RM53,200
1) Kos pembedahan
2) Kot tiket kapal terbang
=======================================
Kami di MyHeart dan MyFundAction ingin mengajak tuan puan membantu keluarga En Lah untuk menampung kos pembedahan anaknya. Satu nyawa boleh diselamatkan jika kita bersama-sama membantu En Lah mencukupkan keperluan biaya pembedahannya.
Disclaimer:
MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Adik Umairah bagi menjayakan Tabung Jantung buat pesakit-pesakit jantung sepertinya. Kami akan menyampaikannya sesuai mengikut keperluan Adik Umairah dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Boleh ikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers
Facebook™️ or FB is a Registered Trademark of Facebook.com. The site mfa.myfundaction.org.my is not affiliated with Facebook.com in any way, nor does they sponsor or approve any of products. All trademarks mentioned here are copyrighted by their respective owners"