PERLUKAN RM 50,000 UNTUK PEMBEDAHAN JANTUNG BERLUBANG BABY AAFIYAH

PERLUKAN RM 50,000 UNTUK PEMBEDAHAN JANTUNG BERLUBANG BABY AAFIYAH
LAHIR TAK CUKUP BULAN, BABY AAFIYAH MASIH BERGELUT DENGAN MASALAH JANTUNG BERLUBANG
Baby Aafiyah, dikesan mempunyai masalah jantung ketika dalam kandungan lagi. Dia terpaksa dilahirkan awal dari tarikh kerana degup jantungnya sangat laju dan tidak normal.
Siapa yang menyangka, anak yang dikandung penuh kasih sayang, terpaksa melalui kehidupan yang perit seperti ini. Badannya kebiruan saat dilahirkan dan terpaksa bergantung kepada bantuan oksigen untuk hidup. Tubuh Baby Aafiyah sangat kecil ketika itu.
BABY AAFIYAH BERGELUT DENGAN KOMPLIKASI JANTUNG BERLUBANG
Selepas 2 minggu di hospital, baby Aafiyah dibenarkan pulang ke rumah, namun dia harus bergantung dengan ubat jantung kerana jantunnya bengkak dan untuk membuang air berlebihan dalam badan. Hidup Baby Aafiyah ditemani ubat,-ubatan malah tumbesaran Baby Aafiyah sangat-sangat berbeza dengan bayi lain. Berat badannya sangat kecil malah sehingga usia 8 bulan dia masih belum capai berat 8 kilo
Jelas kelihatan dadanya yang berlekuk dan dia sering semput dan berpeluh. Denyutan nadi di lehernya juga laju (ini adalah simptom pesakit jantung). Allahu, terlalu berat ujian ini untuk ditanggung oleh seorang bayi
TIDAK BOLEH BERGANTUNG DENGAN UBAT LAGI
Pada Julai lalu, ketika pemeriksaan berkala, Doktor memberitahu Aafiyah perlu lakukan pembedahan segera. Dia tak dapat bergantung ubat selamanya. Pembedahan perlu dilakukan awal, kerana memang tiada tanda-tanda lubang jantungnya boleh tertutup sendiri.
Kos pembedahan sebanyak RM 50,000 sangat tinggi bagi Encik Nashrul dan isterinya. Encik Nashrul hanya bekerja di kilang, manakala isterinya hanya sebagai suri rumah tidak mampu menyediakan wang sejumlah itu.
Tiada pilihan lain, Baby Aafiyah perlu jalani pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya.
Kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka tabung untuk membiayai keperluan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga Baby Aafiyah. Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk meringankan beban keluarga ini.
Tiada harta yang mampu beli satu nyawa, ia sangat berharga.
Umur: 8 Bulan
Tempat Tinggal: Tawau, Sabah
KEPERLUAN
Kos Pembedahan : RM 50,000
Disclaimer:
MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Adik Aafiyah bagi menjayakan Tabung Jantung buat pesakit-pesakit jantung sepertinya. Kami akan menyampaikannya sesuai mengikut keperluan Adik Aafiyah dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Boleh ikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers
BAGAIMANA UNTUK ANDA MEMBANTU?
1. Sila pilih pakej tabung di bawah
2. Pilih Pilihan Bank untuk meneruskan transaksi Online
3. Tekan Butang " Pembayaran"
4. Anda akan dibawa ke halaman Bank dan teruskan transaksi di laman tersebut
5. Setelah berjaya, anda akan dibawa ke ruangan Terima Kasih