
Badannya nampak sihat, tapi tiada siapa yang tahu penyakit yang dihadapinya
Johan, remaja 17 tahun telah menghidapi penyakit jantung berlubang sejak kecil lagi. Beliau akan melakukan follow up setiap 6 bulan untuk perkembangan masalah jantungnya. Sehingga usia 17 tahun, setelah diperiksa oleh doktor, rupanya lubang dijantungnya masih belum tertutup.
Kata doktor, Johan perlu melakukan pembedahan kerana lubangnya itu tidak dapat tertutup sendiri. Pembedahan satu-satunya jalan untuk merawat Johan. Sekiranya dibiarkan, boleh membahayakan nyawa Johan
Tiada pilihan lain lagi, pembedahan perlu dilakukan untuk Johan selamat dari penyakit ini.
Bagi keluarganya, kos pembedahan sehingga RM 10,000 adalah nilai yang besar bagi mereka. Manakala kos admission dan procedure pula berjumlah sekitar RM 2, 000. Ibunya yang hanya sebagai suri rumah tidak mempunyai simpanan sebesar ini.
Kerana itu, kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka Tabung Jantung untuk membiayai keperluan Johan dan juga pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan sepertinya
Allah berfirman:
“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”
(QS. Al Maidah: 32)