HANYA PEMBEDAHAN SATU-SATUNYA JALAN UNTUK SELAMATKAN UMAIRAH

Kata doktor, Umairah harus segera menjalani pembedahan. Kegagalan jantung yang lebih teruk akan terjadi sekiranya Umairah tidak dibedah
..........................................................................
"Adik kecil Umairah ini seorang yang ceria, walaupun dia sebenarnya tidak sihat. Kegagalan jantunggnya boleh mengakibatkan mudah sesak nafas, cepat penat, air mudah berkumpul di paru-paru dan pergelangan kaki akan bengkak.
Umairah terlalu kecil untuk menanggung kesakitan ini. Zaman kanak-kanak hanya sekali, alangkah indahnya jika dia juga dapat bermain aktif seperti kanak-kanak lain"
Adik Umairah lahir tidak cukup bulan, dan ketika usia 11 bulan, badan adik Umairah pucat tidak seperti bayi yang lain. Hasil ujian darah, doktor mendapati bacaan darah merah sangat rendah hingga mencecah 7g/dl
Adik Umairah diberi ubat tambah darah sehingga beberapa bulan, namun ubat itu tidak dapat membantunya. Setelah diperiksa lagi adik Umairah didapati menghidap jantung berlubang (Atrial Septal Defect). Jantungnya juga bengkak dan dia bergantung kepada ubat jantung (Furosemide)

Sejak itu adik Umairah berulang alik ke hospital Lahad Datu bagi pemeriksaan berkala. Jika ke hospital, Umairah dan ibunya akan menaiki bas untuk berulang alik kerana bapanya bekerja. Mereka hanya mempunyai sebuah motorsikal sebagai urusan pengangkutan mereka.
Adik Umairah perlu menjalani pembedahan jantung namun kos yang mencecah sehingga RM50K membuatkan ibu bapanya buntu. Pendapatan keluarga bergantung sepenuhnya pada Encik Din yang hanya bekerja di mekanik memperoleh RM1,070 sebulan. Ibunya pula tidak bekerja dan kini sedang sarat mengandung anak yang ketiga.
Pembedahannya dijangka akan dijalankan dalam masa terdekat ini oleh doktor pakar yang dirujuk di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur. Adik Umairah masih menunggu tarikh pembedahan dan bapanya juga sedang berusaha untuk menampung kos yang diperlukan.
Kami di MyHeart dan MyFundAction ingin mengajak tuan puan membantu adik Umairah meneruskan rawatannya dan moga beliau dapat sembuh melawan kansernya.
========================================
Nama: Nur Umairah
Umur: 3 Tahun
Tarikh Pembedahan : Akan dimaklumkan hospital
Tempat Tinggal: Lahad Datu, Sabah
Pembedahan : Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur
KEPERLUAN
Kos: RM53,200
1) Kos pembedahan
2) Kot tiket kapal terbang
=======================================
Disclaimer:
MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Adik Umairah bagi menjayakan Tabung Jantung buat pesakit-pesakit jantung sepertinya. Kami akan menyampaikannya sesuai mengikut keperluan Adik Umairah dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Boleh ikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers
BAGAIMANA UNTUK ANDA MEMBANTU?
1. Sila pilih pakej tabung di bawah
2. Pilih Pilihan Bank untuk meneruskan transaksi Online
3. Tekan Butang " Pembayaran"
4. Anda akan dibawa ke halaman Bank dan teruskan transaksi di laman tersebut
5. Setelah berjaya, anda akan dibawa ke ruangan Terima Kasih