BANTU PUAN ASMA BERJUANG MELAWAN KANSER OVARINYA

Pada mulanya Puan Asma diserang sakit di bahagian perutnya yang agak kerap. Ketika mendapatkan rawatan di klinik, doktor memalumkannya dia mempunyai ketumbuhan di perut. Setelah itu, Puan Asma mendapatkan rawatan di hospital untuk tindakan lanjut. Beliau sudah berjaya mendapatkan tarikh rawatan seterusnya, tetapi belum pun tiba tarikh janji temu,sekali lagi beliau diserang sakit yang amat sangat. Kerana tidak tahan dengan sakit itu, beliau dikejarkan ke hospital. Tetapi ketika itu tiada pembedahan dapat dibuat kerana bilik bedah yang penuh dan beliau terpaksa pulang ke rumah.
Hampir 3 bulan menanggung kesakitan daripada Oktober 2020, akhirnya Puan Asma berjaya dibedah Januari lalu. Agak mengejutkan anak-anaknya kerana kesakitan yang dideritai ibu mereka adalah kerana ketumbuhan itu sudah menjadi sebesar kepala bayi!
Kini, Puan Asma sudah selamat dibedah, namun harus berulang alik ke hospital untuk memantau status kesihatannya. Sejak pembedahan itu, Puan Asma perlu mengambil susu nutrien tambahan dan beliau juga harus memakai lampin pakai buang sehari-hari. Kudratnya yang lemah di usia lanjut ini, beliau bergantung kepada anaknya untuk menguruskan hal-hal makan minumnya.
Ujian bagi ibu tunggal ini, anak sulungnya telah pergi terlebih dahulu menghadap Illahi, manakala anak ke duanya pula seorang penghidap barah payu dara. Puan Asma tinggal bersama anak ketiganya, yang hanya bekerja di kedai makan yang cuma mendapat dengan gaji per hari. Menantunya pula hanya bekerja sebagai pemandu feri. Kehidupan yang agak mencabar bagi keluarga mereka, di saat sulit seperti sekarang, pendapatan mereka juga tidak terjamin.
Puan Asma memerlukan sokongan biaya dari segi :-
- Susu Ensure Gold
- Lampin pakai buang
MyHeart dan MyFundAction ingin mengajak sahabat di luar sana, untuk kita memberikan semangat kepada ibu tunggal ini, dan anak menantunya dengan bersama berkongsi reseki bersama mereka serta insan lain melalui Tabung Kanser MyHeart
Allah berfirman:
“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”
(QS. Al Maidah: 32)
Harini kita lihat orang susah, semoga usaha murni kita dibalas lebih baik daripada tindakan kita lakukan harini. Tiada harta yang mampu beli 1 nyawa, ia sangat berharga.
BAGAIMANA UNTUK ANDA MEMBANTU?
1. Sila pilih pakej tabung di bawah
2. Pilih Pilihan Bank untuk meneruskan transaksi Online
3. Tekan Butang "Pembayaran"
4. Anda akan dibawa ke halaman Bank dan teruskan transaksi di laman tersebut
5. Setelah berjaya, anda akan dibawa ke ruangan Terima Kasih