MENDERITA KANSER SERVIKS TAHAP 3, KINI TIDAK BEKERJA DAN SUAMI PULA HILANG PEKERJAAN

MENDERITA KANSER SERVIKS TAHAP 3, KINI TIDAK BEKERJA DAN SUAMI PULA HILANG PEKERJAAN

Terpaksa mengambil keputusan untuk menghentikan rawatan kanser kerana kesempitan hidup.


Ibu muda ini cekal menghadapi hari mendatang walaupun kansernya sudah di tahap 3!
...............................................................................

Bagai jatuh ditimpa tangga, satu demi satu ujian yang Puan Hazlina dan keluarganya. Puan Hazlina dikesan menghidapi kanser terpaksa berhenti kerja. Suaminya pula, kehilangan kerja kerana sekolah tutup sejak PKP ini. Itulah nasih yang menimpa mereka.


Puan Hazlina pada mulanya sakit dibahagian perut dan menyangka itu hanyalah sengugut, namun kesakitan itu berlanjutan selama dua bulan lamanya. Melalui ujian pap smear, doktor dapat mengesan sel kanser di pangkal rahimnya. Alangkah terkejut saat diberitahu doktor, ternyata sel kanser telah merebak hingga ke tahap 2.


Prosedur-prosedur bagi mengesan sel kanser telah dilakukan seperti CT Scan, Colposcopy dan X-Ray namun setelah beberapa bulan sel kansernya telah mengganas dan sudah sampai ke tahap 3.


Pada Mac lalu, doktor menyarankan Puan Hazlina untuk melakukan radioterapi bagi menghalang sel kanser merebak ke tahap yang serius lagi. Namun, kerana kesihatan yang kurang stabil, radioterapi terpaksa ditangguhkan. Ini sudah tentu membahayakannya kerana sel kanser ini berpotensi untuk merebak lagi.


Rawatan radioterapi yang pertama dijalankan pada bulan May yang lepas. Sebanyak 25 kali radioterapi perlu dilakukan pada setiap hari dan kimoterapi pada setiap selang 5 hari. Itulah rutin rawatan yang perlu dilaluinya. Kini Puan Hazlina telah melakukan sebanyak 12 kali radioterapi, dan masih berbaki 13 kali lagi.


Namun kerana kekangan wang untuk berulang alik ke IKN, dia terpaksa mengambil keputusan untuk menghentikan rawatan ini. Banyak

perbelanjaan lain lagi yang perlu dia dan suaminya fikirkan.


Dengan keadaan dirinya ini, sangat memerlukan mereka untuk menyediakan kewangan bagi menampung kos ulang alik perjalanan, kos rawatan radioterapi serta rawatan breakthrough therapy. 


Kami di MyHeart ingin membantu Puan Hazlina untuk meneruskan rawatannya dan moga beliau dapat sembuh melawan kansernya. Sepastinya anak-anaknya ingin melihat ibu mereka sihat seperti sebelumnya.


MAKLUMAT PESAKIT



Nama : Noor Hazlina
Umur : 43 Tahun
Anak : 3 orang anak
Tempat tinggal : Shah Alam, Selangor


PERMOHONAN BANTUAN
Bantuan :

- Kos pengangkutan ulang alik ke IKN
- Kos radioterapi sebanyak 25 kali
- Kos breakthrough therapy

Jumlah : RM 3,000 


Allah berfirman:
“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”
(QS. Al Maidah: 32)
 

BAGAIMANA UNTUK ANDA MEMBANTU?

1. Sila pilih pakej tabung di bawah

2. Pilih Pilihan Bank untuk meneruskan transaksi Online

3. Tekan Butang "Pembayaran"

4. Anda akan dibawa ke halaman Bank dan teruskan transaksi di laman tersebut

5. Setelah berjaya, anda akan dibawa ke ruangan Terima Kasih


Disclaimer:
MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Puan Hazlina bagi menjayakan Tabung Kanser buat pesakit-pesakit kanser sepertinya. Hasil tabung  tersebut akan diberikan mengikut keperluan Puan Hazlina dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Boleh ikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090