KANSER LIMFOMA UBAH KEHIDUPAN ADIK ISKANDAR

Disaat sahabatnya yang lain sedang fokus belajar, keadaan itu sangat berbeza buat Iskandar. Di usia remaja, Iskandar diuji dengan penyakit Kanser Limfoma. Masa-masanya banyak dihabiskan di hospital.
Iskandar, pelajar berusia 13 tahun, mula diserang Kanser Limfoma pada awal tahun 2019. Hampir sebulan Iskandar demam panas yang tak surut. Iskandar sering berulang alik ke klinik dan hospital, namum masih belum dapat mengesan kanser yang sedang merebak.
KESIHATAN MAKIN MEROSOT HARI DEMI HARI
Kesihatan Iskandar mulai merosot, bengkak di lehernya semakin membesar. Dengan keadaan yang sebegitu adik Iskandar sering muntah-muntah dan badannya mula melemah. Kedua-dua kulit kaki Iskandar juga terkopek, bernanah serta berdarah.
Doktor mula mengesan ketulan-ketulan di leher dan dibawah ketiaknya. Ketulan ini tidak boleh dibiarkan akhirnya Iskandar dibedah. Setelah pembedahan, Iskandar menjalani kimoterapi namun terpaksa dihentika kerana kesan sampingan yang sangat teruk.Ketika itu Iskandar baru berusia 12 tahun, alangkah perit bagi Iskandar untuk menanggung semua kesakitan ini.
TANPA UBATAN INI KEADAAN ISKANDAR AKAN MENJADI LEBIH TERUK
Masalah kulit terkopek dan berdarah tetap terjadi, walaupun diberi antibiotik, kesan ubat antibiotik membuatkan wajahnya menjadi bengkak. Oleh itu, dia perlu bergantung kepada ubat kulit khas yang dibekalkan doktor serta menjalani rawatan kulit dan limfoma sebulan sekali.
Jika dibiarkan kulitnya akan berdarah teruk. Adik Iskandar juga perlu mengambil ubat probiotik untuk meningkatkan imun adik Iskandar kerana kalenjar dia sangat aktif. Jika tinggalkan ubat ini dia akan mudah demam dan kalenjar dibahagian kepala dan leher membesar dan membengkak.
RAWATAN DAN UBATAN
✅ Ubat kulit
✅ Ubat probiotik
✅ Rawatan kulit dan limfoma sebulan sekali
MAKLUMAT PESAKIT DAN KEPERLUAN
Iskandar Zulkarnain
13 Tahun
Skudai, Johor
Kos ubatan dan rawatan : RM 37,100
Disclaimer:
MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Adik Iskandar bagi menjayakan Tabung Kanser buat pesakit-pesakit jantung sepertinya. Kami akan menyampaikannya sesuai mengikut keperluan Adik Iskandar dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Boleh ikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers
BAGAIMANA UNTUK ANDA MEMBANTU?
1. Sila pilih pakej tabung di bawah
2. Pilih Pilihan Bank untuk meneruskan transaksi Online
3. Tekan Butang " Pembayaran"
4. Anda akan dibawa ke halaman Bank dan teruskan transaksi di laman tersebut
5. Setelah berjaya, anda akan dibawa ke ruangan Terima Kasih