KANSER DARAH TELAH MEREBAK KE PARU-PARU,PERUT DAN KE PANGKAL PEHA

KANSER DARAH TELAH MEREBAK KE PARU-PARU,PERUT DAN KE PANGKAL PEHA

Hati ibu mana yang tidak terusik, disaat anak-anak memerlukan perhatian sang ibu, Puan Nusra pula sedang bertarung nyawa untuk melawan kanser yang dihidapi 


Kanser Hodgin Limfoma atau dikenali sebagai kanser darah mula dikesan dibadan Puan Nusra pada tahun 2019. Namun, Puan Nusra sering sakit di bahagian perut sejak 2018 lagi. Setelah dianalisa kanser, keadaan kesihatannya semakin merosot hari demi hari.


Setelah CT Scan, doktor mendapati kansernya telah merebak ke kelenjar limfa di perut, paru-paru, hingga ke pangkal peha. Lebih mengejutkan didalam perut, ada kelenjar limfa yang telah membesar hingga 19 cm!


Pembedahan membuang kelenjar tidak dapat dilaksanakan kerana terdapat kelenjar-kelenjar kecil yang mengelilingi. Oleh itu, Puan Nusra menjalani sesi kimoterapi bagi merawat kansernya ini.


Hampir 1 tahun, tiba-tiba wajahnya membengkak namun tidak merasa sakit. Malah Puan Nusra juga sering merasa cepat letih. Rupa-rupanya kansernya telah kembali aktif



Kini Puan Nusra dirujuk di sebuah hospital di Selangor bagi menjalani cell stem transplant dan seterusnya PET Scan bagi mengenalpasti status sel kansernya.


Suaminya terpaksa berhenti kerja tetap dan menjadi rider makanan supaya beliau dapat menyediakan masa untuk berulang alik menhantar Puan Nusra ke hospital


Anak-anaknya pula masih kecil dan tidak mengerti keadaan yang dihadapi oleh ibu mereka. Ketika Puan Nusra sakit dan masih dihospital anak-anaknya dijaga oleh suami dan ibu Puan Nusra sendiri. Anak bongsunya yang berusia 4 tahun pastinya yang paling terasa ketiadaan ibunya disaat Puan Nusra dihospital. 


Banyak perbelanjaan yang perlu ditanggung suaminya, dengan keadaan isteri yang sakit dan perlu berulang alik dari Kedah ke Selangor. Anak-anak pula masih kecil dan bersekolah pastinya pendapatan sebagai rider makanan masih belum cukup untuk mereka.


Kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka tabung untuk membiayai keperluan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga Puan Nusra. 


Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk meringankan beban keluarga ini. Hasil kebersamaan yang anda kongsikan dapat memberi kekuatan kepada Puan Nusra untuk terus kuat melawan penyakitnya. Pasti anak-anak sangat merindui ibu mereka yang sihat seperti dahulu




=======================================


Nama: Nusratina Binti Mohd Saad

Umur:  33 Tahun

Nama isteri: Mohamed Safwan B Bakar

Tempat Tinggal: Alor Setar, Kedah


KEPERLUAN

Kos: RM34,000

Kos Rawatan di Hospital Ampang

Kos PET Scan (selepas cell stem transplant)

Kos Ulang alik Alor Setar ke Hospital Ampang
  Kos Pengangkutan ke Hospital Gleneagles, Pulau Pinang untuk Kimoterapi
  Kos Ubat Brentuximab 

Susu dan Lampin pakai buang untuk anak kecilnya


=======================================


Allah berfirman:

“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”

(QS. Al Maidah: 32)


Harini kita lihat orang susah, semoga usaha murni kita dibalas lebih baik daripada tindakan kita lakukan harini. Tiada harta yang mampu beli 1 nyawa, ia sangat berharga. 


BAGAIMANA UNTUK ANDA MEMBANTU?

1. Sila pilih pakej tabung di bawah

2. Pilih Pilihan Bank untuk meneruskan transaksi Online

3. Tekan Butang "Pembayaran"

4. Anda akan dibawa ke halaman Bank dan teruskan transaksi di laman tersebut

5. Setelah berjaya, anda akan dibawa ke ruangan Terima Kasih




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
Seikhlas Hati
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090