PEMBEDAHAN PERLU DILAKUKAN BAGI MENERUSKAN HIDUP
“ Saya nak dia sihat dan membesar sama macam adik beradiknya yang lain”
Itulah antara perbualan paling menyentuh hati kami.
Pada awal kelahiran, Adik Kiris mengalami demam panas yang teruk dan perlu dikejarkan ke hospital. Doktor menyatakan bahawa Adik Kiris menghidap penyakit kuning dan mempunyai badan yang lemah.
Namun selepas hampir 1 minggu pulang ke rumah, ibunya menyatakan bahawa Adik Kiris kerap sesak nafas. Muka dan jarinya pula menjadi gelap kebiruan sekiranya terlalu aktif bermain.
Doktor mengesahkan Adik Kiris menghidap Penyakit Jantung Berlubang dan perlu menjalani pembedahan bersiri, jika tidak ia boleh membahayakan nyawa Adik Kiris.
Pilu hati seorang Ibu apabila mengetahui keadaan kesihatan anaknya yang perlu harungi pembedahan sebanyak 3 kali.
Pertengahan tahun 2017, Adik Kiris telah dihantar ke Hospital bagi melakukan pemantauan seterusnya serta menjalani pembedahan pertama bagi membetulkan tiub saluran jantung.
Semasa berusia 2 tahun , Adik Kiris perlu menjalani pembedahan kedua bagi menutup lubang pada jantungnya. Sekiranya pembedahan tidak dilakukan, ianya boleh mengganggu tumbesaran Adik Kiris.
Alhamdulillah kedua-dua pembedahan tersebut berjalan dengan lancar dan Adik Kiris sudah boleh bermain seperti kanak-kanak lain.
Setelah umurnya memasuki 4 tahun Adik Kiris perlu menjalani pembedahan sekali lagi bagi merawat jantungnya.
Rawatan Yang Diperlukan:
Rawatan susulan ke Hospital Queen Elizabeth 2 sebanyak 3 bulan sekali
Rawatan Susulan ke Hospital Lotong sebulan 3 kali
Perlu menjalani pembedahan kali ketiga dengan menelan kos pembedahan sebanyak Rm80,000.00
Oleh itu, kami daripada MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka tabung untuk membiayai keperluan pesakit-pesakit jantung yang kurang berkemampuan seperti keluarga Adik Kiris.
Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk meringankan beban keluarga ini.
Tiada harta yang mampu beli satu nyawa, ia sangat berharga. Semoga usaha ini dapat menguatkan semangat Adik Kiris untuk terus melawan penyakitnya.
Nama: Kiris Supana
Umur: 4 Tahun
Nama Penyakit: Tetralogy of Fallot
Tempat Tinggal: Lotong, Sabah
MAKLUMAT PEMBEDAHAN
Kos: RM80,000
Tarikh: 22 Oktober 2021 (ditunda)
**Anggaran tarikh baru bulan Disember
Tempat: Hospital Gleneagles Kuala Lumpur
Disclaimer:
MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah adik Kiris bagi menjayakan Tabung Jantung buat pesakit-pesakit sepertinya. Hasil kutipan tersebut akan diberikan mengikut keperluan adik Kiris dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Boleh ikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers