DEMAM TAK KEBAH, GADIS DERITA KANSER LIMFOMA
Menerima hakikat menghidap kanser bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi untuk berdepan penyakit itu pada usia muda.
Fatin Shafirah, disahkan menghidap kanser Limfoma pada usianya 27 tahun. Semuanya bermula apabila dirinya demam dan bengkak di bahagian punggung. Beliau mengadu pada ibunya, punggungnya di sebelah kanan semakin membengkak seperti tinggi sebelah.
ALAMI PATAH TULANG DAN TULANG TERKELUAR
Ibunya yang merupakan seorang tukang urut mengurut tempat bengkak tersebut kerana fikir itu hanya bengkak biasa, namun bengkak tidak semakin surut. Kemudian Fatin dibawa jumpa tukang urut yang lain. Apabila tukang urut tersebut mengurut Fatin, ia seperti ada bunyi tulang.
Hal itu membuatkan sekeluarga kerisauan, beliau terus dibawa ke klinik untuk buat pemeriksaan X-ray dan kata doktor ada tulang terkeluar. Setelah itu, Fatin dibawa rujuk ke hospital USM. Dan doktor disitu telah memastikan bahawa Fatin mengalami patah tulang.
Terus Fatin dibawa ke Orthopedik untuk mengambil sel di tulangnya untuk pemeriksaan yang mengambil masa seminggu untuk mendapatkan keputusannya. Selepas keputusan keluar, doktor memberitahu bahawa Fatin menghidap kanser darah.
Tetapi keluarga Fatin tidak percaya dan melakukan pemeriksaan semula di hospital dan doktor mengesahkan sememangnya Fatin menghidap kanser Limfoma.
TERPAKSA TUNDA KEMOTERAPI KERANA MENGALAMI JANGKITAN KUMAN PADA TULANG YANG PATAH
Hujung bulan Ogos, Fatin dimasukkan ke dalam wad dan mula menjalani kemoterapi pada bulan September. Tetapi beliau terpaksa berhenti menjalani kemoterapi pada bulan 10 kerana beliau didapati mengalami jangkitan kuman. Jadi Fatin baru selesai satu sesi kemoterapi yang mana berbaki lagi 7 kali yang beliau perlu jalani.
Fatin juga perlu menjalani pembedahan tulangnya yang terkeluar setelah habis sesi kemoterapi. Anggaran kos pembedahan tulang tersebut hampir mencecah ribuan ringgit untuk membeli besi dan diletakkan pada kedua belah kaki, tangan dan di tulang belakangnya.
KETABAHAN IBU TUNGGAL MENJAGA ANAK SAKIT LIMFOMA
“Dia sorang je anak perempuan yang saya ada. Dia pernah cakap yang kalau dia pergi dulu macam mana, saya ni Ya Allah minta lah jangan dia pergi dulu. Sebelum ni saya sakit lama, dia lah yang menjaga saya walau susah macam mana pun, saya cakap dia tak apa, kalini giliran ma jaga anak pulak. Saya kena kuat sebab kalau saya tak kuat, Fatin takkan elok dan saya belum bersedia nak hilang dia. 27 tahun tu tak cukup.”
Ibu sebagai tukang urut tidak mampu untuk menampung kos rawatan dan pembedahan satu-satunya anak perempuan bongsunya itu. Upah mengurut hanya RM30-RM50 sekali urut.
Keadaan sukar ini akan menjadi ringan dengan sokongan daripada kita semua. Myheart dengan kerjasama MyFundAction membuka tabung untuk membiayai keperluan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga Fatin.
Bantu kami penuhi kos pembedahan tulang dan rawatan Fatin. Hasil kebersamaan yang anda kongsikan dapat memberi kekuatan kepada keluarganya untuk melihat Fatin sihat seperti sedia kala.
Disclaimer:
MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Fatin Shafirah bagi menjayakan Tabung Kanser buat pesakit-pesakit kanser sepertinya. Hasil kutipan tersebut akan diberikan mengikut keperluan Fatin Shafirah dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Boleh ikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers