WAKAF BAIK PULIH SURAU YANG USANG DAN REPUT DIMAKAN ANAI-ANAI
(Satu-satunya surau yang mengumpul 3 buah kampung untuk laksanakan solat Jumaat)
Surau ini sangat sempit dan tidak mampu menampung jumlah jemaah hingga mereka terpaksa solat di lantai kayu yang reput dan diperkarangan surau.
Ruang yang ada juga tidak dapat dibuat aktiviti keagamaan kerana faktor binaan kayu yang sudah reput dimakan anai-anai.
Surau ini adalah satu-satunya tempat 3 buah kampung melaksanakan solat Jumaat pada setiap minggu.
Jemaah yang boleh hadir hanya jemaah lelaki berikutan tiada tempat solat dan wuduk serta ruang khusus bertutup untuk jemaah perempuan. Hal ini menjadi sukar buat kaum perempuan untuk ikuti aktiviti di surau.
Tiang surau semakin uzur.
Atap selalu bocor apabila hujan.
Karpet basah dan berkepam jika hujan.
Lantai surau semakin reput membahayakan para jemaah terutama warga emas.
Kekurangan fasiliti seperti kipas, tingkap , tikar , sejadah dan Al-Quran serta surah yasin menjadi perkara yang perlu dibaiki segera.
Ia menyukarkan para jemaah untuk melaksanakan aktiviti di surau. Dan akan menjadi halangan kerana hanya sebahagian sahaja yang dapat ikuti kerana surau tidak muat untuk tempatkan ramai orang pada satu-satu masa.
Dulu para jemaah hanya solat di atas lantai kayu dan beralaskan sejadah.
Atas ihsan penduduk kampung, mereka berusaha mencari karpet untuk surau walaupun hanya karpet kitar semula yang mahu dibuang oleh masjid yang lain.
Asalkan masih bagus dan boleh digunakan, itu sudah cukup. Mereka sama-sama cuba memberi keselesaan untuk para jemaah melaksanakan solat.
SEKIRANYA SURAU INI TIDAK DIBAIK PULIH
- Jemaah surau tidak dapat beribadah dengan selesa.
- Aktiviti yang bakal dijalankan tidak dapat dilakukan dengan baik disebabkan kekurangan fasiliti dan ruang.
- Surau yang uzur dan reput dimakan anai-anai boleh menimbulkan kecederaan kepada jemaah terutama warga emas
- Anak-anak muda tidak dapat ikut serta dengan aktiviti surau dan menjadi jauh dengan surau.
- Kelas mengaji dan program ibadah untuk jemaah tidak dapat dijalankan. Justeru jurang buta huruf Al-Quran semakin meningkat.
AYUH BERWAKAF !!
فَاسۡتَبِقُوا الۡخَيۡرٰتِ
Maka berlumba-lumbalah kamu dalam mengejar kebaikan.
Ayuh bersama MyFundAction dalam projek wakaf baik pulih Surau Lok Poring bagi membantu menyediakan fasiliti surau yang lebih baik untuk keselesaan jemaah surau.
Sebanyak RM100,000.00 diperlukan bagi pembaikpulihan struktur dan penambahbaikan fasiliti surau ini.
Selepas baik pulih surau Lok Poring ini. Pihak MyFundAction dengan kerjasama Annur Quranic Centre akan membuka Pusat Mengaji Annur di sini.
Kelas mengaji di bawah Pusat Mengaji Annur akan membantu mengurangkan kadar buta huruf Al-Quran di sini. Bengkel Solat dan Fardhu Ain juga akan dijalankan secara berkala. Untuk makluman semua, kami akan meneruskan pembiayaan kos pembangunan/baik pulih surau-surau lain di sekitar Sabah apabila jumlah sudah melebihi sasaran.
Setiap surau yang dibaiki akan dipastikan untuk diimarahkan dengan aktiviti untuk masyarakat di sekitarnya. Pahala akan terus mengalir buat para pewakaf...