PERLU JALANI PEMBEDAHAN JANTUNG SELEPAS 4 HARI DILAHIRKAN

 

 

Kanak-kanak perempuan berusia 1 tahun, Low Xin Yu terpaksa hidup dengan saluran jantungnya yang sempit selepas doktor mengesyaki jantung Xin Yu bermasalah selepas 4 hari dilahirkan di KPJ Ipoh.


Pada awalnya, Xiu Yin sama seperti kanak-kanak ceria yang lain dimana dia dilahirkan dengan tiada apa-apa masalah kesihatan yang serius. Namun, doktor mengesyaki ada masalah pada jantung Xiu Yin selepas jantungnya mengeluarkan bunyi lain yang menyebabkan Doktor Lau perlu segera menjalankan pembedahan dalam bulan yang sama.

 

Ibu bapa mana yang tidak sedih dan tidak boleh tidur malam dengan keadaan yang menimpa sang buah hati mereka itu?

 

Bayangkan, tubuh badan yang kecil itu terpaksa menanggung bisa pembedahan dimana saluran jantungnya yang sempit itu terpaksa dipotong dan disambungkan ke saluran yang lain. Di saat anak kecil sebayanya sedang bermain dan berlari-lari di taman permainan, Xin Yu hanya memerhatikan rakan-rakannya dari dalam tingkap rumah sahaja.

 

Mengikut laporan doktor, jantung Xin Yu akan dipantau dari semasa ke semasa untuk melihat sama ada saluran jantungnya akan semakin membesar atau tidak apabila usia Xin Yu meningkat.

 

Sudah menjadi kebiasaan tubuh kecil itu dimana setiap 3-4 bulan, Xin Yu perlu ke KPJ Ipoh untuk diperiksa keadaan jantungnya. Namun, apa yang semakin menyayat hati adalah keadaan saluran jantung Xin Yu masih sama dan sepanjang dia membesar, dia sering mengalami kesukaran untuk bernafas. Kekurangan oksigen sehingga mukanya bertukar biru seolah sudah lazim dengan dirinya.

 

 

 

 

Doktor yang merawat Xin Yu, Doktor Lau mencadangkan pembedahan segera perlu dilakukan awal bulan Disember di Gleneagles KL kerana mereka mempunyai dua orang doktor pakar yang boleh menjayakan pembedahan tersebut. Sinar harapan untuk Xin Yu menjalani kehidupan yang biasa kembali cerah!

 

Bekerja sebagai seorang penjual telefon yang terpaksa menanggung kos sara hidup yang tinggi menyebabkan Encik Low Seong Lih dan isteri, Tow Siew Khoo seorang suri rumah tidak mampu untuk menampung kos pembedahan Xin Yu sebanyak RM30,000. Mereka juga tidak pernah menerima atau memohon daripada mana-mana pihak NGO untuk membantu mereka.

 

Bantu kami untuk membantu adik Xin Yu supaya berjaya menjalani pembedahan jantung dan kekalkan wajah manis dan cerianya.

 

Semoga kita dapat bersama-sama kembalikan senyuman yang semakin pudar dari wajah cilik Xin Yu dan kanak-kanak yang lain dengan berkongsi nikmat rezeki anda bersama.

 

Kami menyediakan beberapa pakej untuk anda bersama berkongsi rezeki dengan kami:

 

TABUNG MYHEART RM500

TABUNG MYHEART RM200

TABUNG MYHEART RM100

TABUNG MYHEART RM50

TABUNG MYHEART RM30

 


Disclaimer:

MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Adik Low Xin Yu bagi menjayakan Tabung Jantung buat pesakit-pesakit sepertinya. Hasil kutipan tersebut akan diberikan mengikut keperluan Adik Low Xin Yu dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Boleh ikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers

 

 


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
MyHeart Fund RM500
MyHeart Fund RM200
MyHeart Fund RM100
MyHeart Fund RM50
MyHeart Fund RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090