[3 HARI TAK MAKAN DEMI 9 ORANG ANAK]
Bagaikan jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib seorang ibu tunggal apabila terpaksa mengambil alih tanggungjawab menyara 9 anaknya selepas kematian suami.
Bukan mudah bagi beliau untuk membesarkan anak-anaknya sendirian memandangkan beliau tidak bekerja.
Tiada duit untuk membeli makanan. Mereka pernah 3 hari tidak makan, hanya minum air putih dan air panas sebagai alas perut. Kadang-kadang mereka terpaksa meminjam dengan jiran untuk membeli barangan dapur.
Lebih menyedihkan, anak-anaknya terpaksa untuk tidak bersekolah kerana faktor kewangan yang tidak mencukupi bagi menyediakan kelengkapan sekolah seperti baju sekolah, alatan tulis dan perbelanjaan mereka.
Puan Pilesah mengharapkan ihsan orang ramai untuk berkongsi rezeki dalam meringankan beban beliau sekeluarga.
BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL
Ini antara salah seorang penerima manfaat yang kami santuni, masih ramai lagi yang dalam kesusahan.
Sedih, sayu hati mendengar luahan sebilangan penduduk di pedalaman Sabah yang sedang dalam kesempitan dan sukar untuk mendapatkan bekalan makanan walaupun sebutir beras.
Sekeping gambar, seribu makna. Ini bukan kisah dongeng Cinderella, bukan jugak drama di kaca TV. Tapi inilah realiti masyarakat kita di Sabah sekarang ini.
Beras habis mahu makan apa?
Sedangkan beras pun habis, lauknya ada tak ya?
Masa kita tengah fikir mahu makan di rumah atau bungkus dari kedai, mereka tengah fikir “mau makan apa harini?”
Bayangkan bagaimanalah mereka menampung keperluan harian terutama dari segi bekalan makanan tu?
MARI BERSAMA JAYAKAN PROJEK #REZEKIUMMAT !
Ayuh kita perjuangkan nasib saudara-saudara kita yang kesusahan.
Sepanjang bulan September 2021, sebanyak 500 agihan dilakukan di beberapa tempat di Sabah. Sebahagian besar penerima manfaat dapat kita ringankan beban mereka secara besar-besaran.
Kini MyFundAction berhasrat akan menambahkan lagi edaran kotak Rezeki Ummat iaitu bantuan bekalan makanan asas kepada mereka yang memerlukan di sekitar Sabah supaya lebih ramai akan dapat dibantu.
Antara penerima manfaat #RezekiUmmat adalah :
Renung-renungkan, fikir-fikirkan. Marilah kita jadi masyarakat yang prihatin sesama. Siapa lagi yang mahu bantu mereka kalau bukan kita.
REZEKI UNTUK DIKONGSI BERSAMA
Firman Allah SWT:
"Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian (orang miskin yang tidak meminta-minta kerana menjaga" maruah diri) (Az-Zariyat: 19)
InsyaAllah semoga asbab kebaikan anda membantumereka, rezeki anda akan diberkati dan terbuka seluasnya pintu rezeki buat keluarga anda. Semoga kita sentiasa di bawah lindungan dan keberkatan Allah.
AYUH KITA MEMBAWA SINAR KEGEMBIRAAN BUAT MEREKA
Mari bersama kami MyFundAction dalam berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan serendah RM30. Setiap rezeki yang dikongsi mengukir senyum dan tawa buat mereka.
Untuk bantuan secara manual/transfer/CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Bank : MAYBANK
Nama : Yayasan Kebajikan Muslim (MYFUNDACTION)
No akaun : 5505 1097 0030
Reference : “RU SABAH”
Kekayaan sebenar bukanlah pada berapa banyak yang kita miliki, tapi berapa banyak yang kita berikan.