
Alhamdulillah, semakin hari semakin ramai penduduk di Sabah memeluk agama Islam.
Perkembangan agama di Sabah merupakan satu fenomena yang menarik untuk diketengahkan kerana Sabah merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang menjalankan pengislaman beramai-ramai terhadap pelbagai kelompok etnik.
KEBIMBANGAN RAMAI DI ANTARA MEREKA KEMBALI MURTAD
Kekurangan penekanan terhadap ajaran Islam menimbulkan kebimbangan ramai mualaf di sana kembali murtad serta berputus asa dengan Islam kerana tiada bimbingan yang dekat serta tenaga pengajar juga belum ramai. Terutamanya di perkampungan mualaf yang terletak di pedalaman Sabah.
Justeru, masalah kekurangan tenaga pengajar yang kompeten menyebabkan penyebaran dakwah Islam sukar dijalankan di sana. Hal demikian akan mengakibatkan golongan mualaf di sana tidak memahami dan mengamalkan Islam dalam kehidupan mereka.
Pendidikan mualaf sangat diperlukan untuk ditubuhkan di perkampungan mualaf bagi meneruskan pembelajaran asas agama. Namun, menjadi cabaran yang agak besar untuk mereka belajar dan mendekati Islam dengan kekurangan bahan berunsur rujukan Islam.
PELUANG WAKAF ANNUR GIFT BOX BUAT BEKALAN ROHANI MUALAF SABAH
Fokus kempen ini adalah untuk mengagihkan sebanyak mungkin naskah Al-Quran kepada mualaf bagi menyebarkan lagi dakwah Islam seluasnya di bumi Sabah seterusnya memperkenalkan indahnya Islam dan hidayah kepada mereka.
Annur Gift Box mengandungi :
✔️ Senaskhah Al-Quran Terjemahan
✔️ Set Qiraati
✔️ Sejadah
✔️ Pakaian solat
✔️ Tasbih
✔️ Buku Modul Fardhu Ain
BAGAIMANA INGIN BERWAKAF ?
Untuk anda sertai dalam misi dakwah ini, kami membuka peluang untuk anda berwakaf pengagihan Annur Gift Box ini dengan serendah RM30 atau berwakaf untuk satu kotak berharga RM160.
Sasaran keseluruhan kami untuk projek ini adalah sebanyak 500 kotak Annur Gift Box akan di agihkan kepada mualaf dengan keperluan kos adalah sebanyak RM80,000.
