[KANSER SEMAKIN MEREBAK, IBU TUNGGAL IBARAT LUMPUH]

IBU tunggal menderita penyakit kanser payudara tahap empat kini hanya mampu terlantar sejak tahun 2019. Haniza Binti Nooh, disahkan menghidapi kanser payudara sejak bulan Jun 2018.
Lebih menyedihkan, ibu kepada empat cahaya mata berusia 40 tahun itu, diceraikan suami di saat wanita itu memerlukan sokongan insan tersayang ketika bertarung dengan penyakit berkenaan.
Pada awalnya, puan Haniza mula perasan ada satu ketulan sebesar 20 sen pada bahagian puting payudaranya di sebelah kiri. Kemudian beliau terus membuat pemeriksaan lanjut di sebuah klinik disebabkan ketulan tersebut semakin membesar. Dari saiz 20 sen bertukar menjadi saiz 50 sen.
Setelah itu, puan Haniza dirujuk ke hospital disebabkan ketulan tersebut melekat di tisu payudara. Beliau menjalani pemeriksaan ultrasound setiap kali follow up. Payudara beliau ditebuk(biopsi) dan sampel telah diambil.
Hasil dari keputusan sampel tersebut, puan Haniza mula mengetahui bahawa beliau disahkan menghidap kanser payudara tahap 2.
Kemudian, puan Haniza perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ketulan tersebut sebelum ia merebak ke tempat lain. Ketulan tersebut jika diabaikan akan mengakibatkan barah bertambah teruk dan akan membawa kepada pemotongan keseluruhan payudara.
Namun pembedahan itu terpaksa ditangguhkan kerana puan Haniza mengalami masalah keluarga dan juga kerja yang tidak dapat di elakkan. Setelah itu, puan Haniza melakukan rawatan radioterapi bagi mengubati atau mengawal sel-sel kanser tersebut dari merebak.
SEPTEMBER 2018
Keadaan puan Haniza Binti Nooh bertambah parah. Hal demikian kerana ketulan tersebut semakin membesar dengan pantas.
Tambahan, puan Haniza mula mengalami simptom-simptom kanser payudara seperti sakit pada payudara kiri serta tangan kiri selalu kebas. Malah puan Haniza juga mengalami kesakitan pada tulang belakang.
Disebabkan itu, puan Haniza terpaksa menjalani rawatan yang seterusnya iaitu kemoterapi.
OKTOBER 2018
Puan Haniza mula menjalani rawatan kemoterapi selama 6 bulan. Ketulan di payudara kiri beliau semakin mengecil selepas rawatan . Justeru itu, ia memudahkan proses untuk membuang ketulan tersebut.
Akan tetapi , kesihatan beliau tidak berada pada tahap optimum untuk menjalani pembedahan buang ketulan itu. Ia adalah kerana puan Haniza mudah menjadi lemah dan tidak bertenaga akibat menjalani rawatan kerana kesan sampingan daripada rawatan dan pesakit juga mudah terdedah kepada risiko jangkitan kuman. Hal ini menyebabkan pembedahan puan Haniza terpaksa di tangguhkan.
Apabila diberi tarikh baru, puan Haniza tidak mendapat kelulusan cuti dari tempat kerja beliau. Puan Haniza yang bekerja sebagai kerani di sebuah pasaraya, terpaksa menangguhkan lagi pembedahan bagi membuang ketulan di payudara kiri beliau.
Rawatan kemoterapi selama 6 bulan itu, memerlukan dua ubat sebanyak 6 kali. Jadi keseluruhannya puan Haniza akan menerima 12 kali ubat kemoterapi tersebut. Kini puan Haniza sudah dimasukkan ubat yang ke-4.
Namun, puan Haniza mengalami kesan sampingan seperti muka menjadi bengkak dan gatal-gatal. Justeru, puan Haniza minta ditangguhkan rawatan kemoterapi sehingga sekarang. Menjelang bulan Feb 2019, ketulan semakin membesar. Ketika ini kesihatan puan Haniza mulai merosot. Keadaannya bertambah parah apabila beliau sudah tidak boleh bergerak dan juga berjalan.
Puan Haniza dirujuk ke hospital Sultanah Bahiyah dan jalani ujian CT Scan. Namun, hasil pemeriksaan CT Scan tersebut menunjukkan kanser beliau berada pada tahap empat kerana jangkitan sudah merebak ke tulang dan paru-paru.
Puan Haniza memerlukan kos keperluan sebanyak RM30,000 bagi menampung peralatan perubatannya. Setiap hari beliau terpaksa membuat dressing 2 kali sehari bagi merawat luka dekat tempat biopsi tersebut. Walaupun tiada suami disisi, puan Haniza tetap tabah mengharungi segala ujian. Puan haniza tinggal bersama ibunya yang sudah berusia 70 tahun sejak beliau bercerai.
Namun begitu, mereka tidak mampu untuk menampung keperluan rawatan puan Haniza. Berikutan puan Haniza sudah berhenti kerja akibat keadaan kesihatannya yang semakin parah. Hal ini menambahkan lagi beban perlu ditanggung keluarga kecil ini.
Oleh itu, Kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka tabung untuk membiayai keperluan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga puan Haniza. Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk meringankan beban keluarga ini.
______________________________________________________
Nama pesakit: Haniza Binti Nooh
Usia: 40 tahun
Tempat tinggal: Kota Setar, Kedah
KEPERLUAN
Kos: RM30,000
1. Susu Ensure Gold - 1 unit/bulan
2. Dressing set - 30 set/bulan
3. Gloves - 1 kotak/bulan
4. Cotton ball - 3 pek besar/bulan
5. Normal saline - 3 botol/bulan
6. Gauze 12ply 100pcs - 3 pek/bulan
7. Micropore - 5pcs/bulan
8. Bactigras gauze - 11 kotak
9. Solcoseryl jelly - 10 tube
10. Aquacel Ag+ extra - 10 kotak
11. 3m tegaderm film dressing - 300pcs
12. Wound dressing adhesive non-woven tape roll besar
13. Kos pengangkutan ke hospital