BAYI 8 BULAN DERITA JANTUNG BERLUBANG, PERLUKAN RM5,000 UNTUK BIAYAI KOS PEMBEDAHAN



Baby Shamil yang lahir di Hospital Likas disahkan menghidap saluran jantung berlubang. Baby Shamil yang  lahir pada 20 November 2020 awalnya tidak dapat dikesan menghidap penyakit tersebut.


Ketika umurnya 7 bulan, baby Shamil di masukkan ke Hospital Likas kerana viral pneumonia iaitu jangkitan virus pada paru-paru. 


Ketika dirawat doktor  mengesan baby Shamil ada masalah pada jantungnya apabila ada bunyi yang ketara. Baby Shamil ditahan wad kerana memerlukan bantuan oksigen.


Disebabkan penyakitnya, berat baby Shamil berkurang menjadi 6.1kg. Dan itu adalah berat yang tidak normal.


Doktor menjalankan ujian Echo untuk mengesan masalah jantung pada baby Shamil dan disahkan bahawa baby Shamil menghidap saluran jantung berlubang.


Setelah itu, baby Shamil  dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth 2 untuk jalani pembedahan bagi menutup lubang pada jantungnya. Keadaannya sudah stabil dan bantuan oksigen juga ditanggalkan. 


Kini baby Shamil memerlukan kos untuk membiayai pembedahan yang telah dijalankan pada bulan Julai yang lepas. Baby Shamil masih perlu menerima rawatan susulan di klinik jantung selepas pembedahannya.

 

Kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka tabung untuk membiayai keperluan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga baby Shamil.


Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk meringankan beban keluarga ini.


Bantu kami penuhi kos pembedahan baby Shamil. Hasil kebersamaan yang anda kongsikan dapat memberi kekuatan kepada ibu bapa baby Shamil untuk melihat anak mereka membesar dan sihat seperti orang lain.


Harini ujian untuk mereka, tiada harta yang mampu beli 1 nyawa, ia sangat berharga.


Disclaimer:

MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah baby Shamil bagi menjayakan Tabung Jantung buat pesakit-pesakit jantung sepertinya. Hasil kutipan tersebut akan diberikan mengikut keperluan baby Shamil dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Boleh ikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090