[KANSER USUS TAHAP 4 BERMULA DENGAN BENGKAK DI BAHAGIAN PERUT]
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Inilah nasib yang ditanggung Dahalan Abdul Aziz, 44 tahun, selepas disahkan menghidap kanser usus tahap empat sejak 5 tahun yang lalu.
Titik hitam ini bermula apabila beliau merasakan ada tanda bengkak di bahagian perutnya. Encik Dahalan mula rujuk ke Hospital Ipoh untuk pemeriksaan lebih lanjut.
Doktor membuat pemeriksaan dengan memasukkan kamera ke dalam ususnya. Hasil daripada itu, Encik Dahalan disahkan menghidap kanser usus.
Kemudian Encik Dahalan mula menjalani pembedahan kanser usus pada hujung tahun 2018 dan beliau telah mendapat rawatan dan ubat-ubatan.
SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA
Pelbagai ujian yang menimpa Encik Dahalan. Doktor membuat CT Scan di HKL untuk persediaan rawatan kemoterapi, namun Encik Dahalan didapati menghidap kanser tulang pula setelah didiagnos sekali lagi.
Beliau mula menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Ipoh. Proses rawatan kemo sebanyak 8 kali itu memakan kos RM160 setiap satu sesi. Kos tersebut merupakan satu beban buat Encik Dahalan.
Selepas mula rawatan kemo, Encik Dahalan sering mengadu mengalami badan kebas-kebas seperti kena renjatan elektrik. Beliau juga selalu tidak cukup tidur kerana hanya ada tilam lusuh yang agak keras dan membuatkan beliau sakit belakang.
Kadang kala terpaksa tidur di atas lantai sahaja sekiranya beliau tidak selesa baring di atas tilam tersebut.
Doktor mencadangkan kepada Encik Dahalan untuk memiliki katil hospital dirumah supaya posisi badan lebih tinggi ketika baring agar beliau tidak mengalami kesakitan dan lebih selesa. Katil tersebut juga memudahkan penjaga beliau untuk menguruskan Encik Dahalan.
KANSER SEMAKIN MEREBAK KE PARU-PARU
Lebih menyedihkan, sekarang jangkitan kanser Encik Dahalan semakin teruk sampai merebak ke paru-parunya. Doktor terpaksa menangguhkan rawatan kemo dan Encik Dahalan diminta untuk melakukan pemeriksaan berkala di klinik dada, Hospital Ipoh.
Kini beliau bergantung pada ubat antibiotik dan ubat tahan sakit dari hospital yang dibekalkan hanya sebulan sekali.
KANSER YANG DIALAMI ADALAH PENYAKIT GENETIK(KETURUNAN)
Encik Dahalan mempunyai 5 orang adik beradik yang mana mak dan adiknya mempunyai penyakit kanser usus. Dimaklumkan juga terdapat seorang bapa saudara beliau juga mempunyai penyakit tersebut.
Encik Dahalan telah bercerai dengan isterinya dan mempunyai 2 orang anak. Namun anak-anak tersebut tinggal bersama bekas isterinya yang berada di Sarawak.
Kini Encik Dahalan tinggal bersama keluarga ibu saudaranya yang mempunyai tanggungan seramai 7 orang sejak bercerai. Encik Dahalan menerima bantuan untuk meneruskan kehidupan daripada JKM sebanyak RM300 sebulan dan Jabatan Baitul Mal sebanyak RM400 sebulan.
Namun bantuan itu masih tidak mencukupi untuk merawat kos keperluan dan rawatan beliau. Encik Dahalan tidak mahu menyusahkan ibu saudaranya yang berniaga gerai yang mana pendapatan harian sebanyak RM60 sehari.
BAGAIMANA MAHU RINGANKAN BEBAN ENCIK DAHALAN ?
Kami daripada MyFundAction dengan kerjasama MyHeart berhajat ingin mengajak anda semua bersama meringankan beban Encik Dahalan bagi menyediakan keperluan katil hospital dan susu bagi memudahkan keperluan harian beliau.
Hasil kebersamaan yang anda kongsikan dapat memberi kekuatan kepada Encik Dahalan untuk meneruskan hidup.
Nama: Dahalan Abdul Aziz
Umur: 44 Tahun
Penyakit : Kanser Usus Tahap 4
KEPERLUAN
Kos: RM3,300
1) Keperluan Katil Hospital
2) Kos minuman susu pesakit
Disclaimer:
MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah Encik Dahalan bagi menjayakan Tabung Kanser buat pesakit-pesakit kanser sepertinya. Hasil kutipan tersebut akan diberikan mengikut keperluan Encik Dahalan dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Boleh ikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers