[TERPAKSA BERHENTI KERJA DEMI MENJAGA ANAK LEUKEMIA]


“Saya ambil keputusan berhenti kerja sejak anak disahkan menghidap kanser untuk memberi sepenuh perhatian terhadap penjagaannya” - Bapa adik Hafiz



Bagi Encik Othman(bapa), beliau tidak kisah untuk mengambil alih tugas menjaga anaknya(Hafiz Rayyan) di wad apabila isterinya sedang menjaga anak bongsu yang masih bayi 8 bulan serta 2 orang lagi anak mereka yang masing-masing berumur 10 tahun dan 4 tahun. 


“Sejak anak disahkan mengalami leukemia pada tahun 2019, saya akan jaga dan teman adik Hafiz 2 minggu sekali di wad”


Pada mulanya, adik Hafiz terjatuh tangga dan terdapat tanda lebam dibetis kedua belah kakinya. Kata ibunya, “Lebam di kakinya berlarutan selama seminggu, saya ingatkan kakinya lebam sebab jatuh biasa saja.”


 “Tidak sangka sampai teruk begitu. Mukanya pun lama-kelamaan kelihatan pucat dan lemah”


Melihat keadaan adik Hafiz yang semakin membimbangkan, adik Hafiz dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab untuk dibuat pemeriksaan lanjut.


Di hospital, doktor membuat pemeriksaan awal iaitu ujian darah dan adik hafiz disahkan menghidap leukemia.


Setelah itu, adik Hafiz dimasukkan ke dalam wad selama 15 hari kerana mengalami demam dan keadaannya dipantau oleh doktor.


“Sebelum ini dia tidak pernah alami sakit yang serius”



“Anak saya aktif seperti kanak-kanak lain, tidak sangka rupanya dia mengalami penyakit kanser leukemia,” Kata ibunya.


Adik Hafiz menerima rawatan awal iaitu penambahan darah merah dan platelet untuk elakkan kekurangan oksigen dalam otaknya dan juga tidak mudah rasa penat. Doktor juga mula pasang chemoport di dada adik Hafiz.


Setelah itu, adik Hafiz dihantar ke HUSM dan doktor mula menjalankan rawatan kemoterapi yang perlu dilakukan selama 3 tahun sehingga usia adik Hafiz mencecah 6 tahun.


Tetapi ketika umurnya 5 tahun, doktor memberitahu bahawa sel kanser tersebut kembali menyerang. Disebabkan itu, rawatan adik Hafiz terpaksa sambung lagi 3 tahun dengan kekerapan 2 minggu sekali.


Adik hafiz memerlukan rawatan pergigian kerana ubat kemoterapi yang diterima itu sangat kuat. Doktor menyarankan supaya adik Hafiz melakukan rawatan tersebut pada bulan Ogos, tetapi terpaksa ditunda kerana adik Hafiz baru selesai kemoterapi. 


Adik Hafiz juga perlukan kos untuk membiayai rawatan kemoterapinya. Ibunya berkata, “ Selama ini buat kemoterapi, kami tidak pernah bayar lagi kos rawatan tersebut”


“Ada tunggakan yang banyak di hospital sebab terlalu mahal  bagi kami untuk bayar”


Ayahnya sudah tidak bekerja, manakala ibunya pula bekerja sebagai pewarna kain batik dengan gaji yang tidak menentu.


Anggaran pendapatan seharian ibunya hanya RM15 sahaja. Mereka buntu memikirkan keadaan keluarga dan kesihatan adik Hafiz kerana tidak mampu untuk memenuhi kos rawatan yang melebihi daripada pendapatan keluarga mereka.

 


Kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka tabung untuk membiayai keperluan pesakit-pesakit kanser yang kurang berkemampuan seperti adik Hafiz.


Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk meringankan beban keluarga ini.


Bantu kami penuhi kos rawatan adik Hafiz. Hasil kebersamaan yang anda kongsikan dapat memberi kekuatan kepada ibu bapa adik Hafiz untuk melihat anak mereka membesar dan sihat seperti orang lain.


Kami menyediakan beberapa pakej untuk anda bersama berkongsi rezeki dengan kami :


TABUNG MYHEART RM500

TABUNG MYHEART RM200

TABUNG MYHEART RM100

TABUNG MYHEART RM50

TABUNG MYHEART RM30


Semoga Allah memberkati rezeki yang anda kongsikan buat adik Hafiz dan pesakit – pesakit lain sepertinya. Semoga ada sinar kembali buat mereka yang menerima rezeki daripada anda. 


Disclaimer:

MyHeart dan MyFundAction menceritakan kisah adik Hafiz bagi menjayakan Tabung Kanser buat pesakit-pesakit kanser sepertinya. Hasil kutipan tersebut akan diberikan mengikut keperluan adik Hafiz dan lebihan akan diberikan kepada pesakit lain yang memerlukan. Boleh ikuti perkembangan pesakit di Facebook @MyHeartVolunteers


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
MyHeart Fund RM500
MyHeart Fund RM200
MyHeart Fund RM100
MyHeart Fund RM50
MyHeart Fund RM30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090