BERADA DI ICU, BERGANTUNG PADA BANTUAN PERNAFASAN
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah gambaran kehidupan Puan Kamalia yang semakin sempit setelah suaminya disahkan menghidap kanser mulut. Tidak terbayang keperitan hidup mereka sekeluarga apabila sepenuh tanggungjawab kini digalas sendiri.
Kanser di bahagian pipi kanan encik Virgilius bermula dari ulser mulut yang disebabkan tergigit bahagian dalam pipi semasa makan. Tidak menjangka bahawa ulser yang dialaminya itu berubah menjadi lebih teruk.
Keperitan yang dirasainya sehingga tidak mampu makan dan terpaksa bergantung pada susu melalui tiub untuk mengisi perut. Usahkan makan, hendak bercakap juga terseksa. Lemah badan encik Virgilius, sekelip mata keadaannya berubah.
HASIL PEMBEDAHAN PERTAMA BERTUKAR TRAGEDI
Pembedahan Pertama :
1 September 2021 - Encik Virgilius telah menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan yang ada pada bahagian pipi kanannya dan isi pada bahagian paha kirinya diambil untuk menggantikan isi yang telah di buang pada pipi kanannya.
Malangnya hasil pembedahan tersebut menjejaskan penyembuhan beliau kerana isi daging ( paha kiri ) yang dipindahkan ke pipi tidak selari dengan pengaliran darah yang berlaku di bahagian muka beliau. Isi daging tersebut telah membeku akibat ubat yang memasuki badannya.
RAWATAN TERKINI
Encik Virgilius berada di ICU dan masih bergantung kepada bantuan pernafasan. Pada waktu yang sama doktor menyatakan beliau memerlukan darah jenis O+ dari semasa ke semasa kerana encik Virgilius mengalami kadar Hemoglobin yang rendah.
PERLUKAN PEMBEDAHAN KEDUA SEGERA
Encik Virgilius perlu menjalani pembedahan menukar isi daging yang tidak selari tersebut dengan isi di bahagian dada.
Sekiranya pembedahan tidak dilakukan, isi daging yang lama akan memburuk dan boleh menyebabkan jangkitan kuman pada bahagian muka sekaligus boleh membawa maut.
Pembedahan ini perlu dijalankan dengan segera demi menyelamatkan nyawa beliau. Kos pembedahan yang mencecah sebanyak RM100,000 sangat mustahil untuk beliau dapatkan.
ISTERI SAMBUNG TUGAS SUAMI MENCARI REZEKI
Sejak mengalami masalah kesihatan, encik Virgilius tidak dapat bekerja seperti biasa. Sebelum ini bekerja sebagai buruh disebuah kilang namun sudah tiada punca pendapatan untuk menampung perbelanjaan yang kian bertambah.
Puan Kamalia pula suri rumah sepenuh masa kerana mengurus seorang anak yang ada masalah OKU mental. Puan Kamalia akui sukar untuknya menguruskan rumah tangga seorang diri tanpa bantuan suaminya.
Kini puan Kamalia terpaksa mengambil alih tugas suaminya sebagai seorang buruh di kilang untuk menampung keperluan mereka sekeluarga.
Kami dari MyFundAction membuka tabung untuk membiayai keperluan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga encik Virgilius. Ayuh kita kongsi rezeki bersama memenuhi keperluannya.
Bagi yang ingin menderma darah, boleh hubungi : 011 2924 1042(Zaba)
Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi : 010 810 0970 (Asmirah)