[ANAK TAK DAPAT MENYUSU BADAN SEJAK IBU DITIMPA KANSER]


Puan Nurizrah terpaksa bercerai susu dengan anak bongsunya yang baru berusia 11 bulan. Keputusan tersebut dibuat sejak dia disahkan kanser usus tahap 4.

Perkara ini amat menyedihkan bagi Puan Nurizrah kerana dia tahu khasiat susu ibu adalah yang terbaik untuk tumbesaran si anak. Namun apakan daya, takdir Allah mengatasi segalanya. Kini, anak itu hanya diberikan susu formula Dutch Lady. 


Ibu yang berusia 29 tahun ini mula mengalami kesakitan pada duburnya ketika mengandung pada April 2020. Dia sangat khuatir terkena buasir. Syukur, anak dalam kandungan berjaya dilahirkan secara normal dan buasir yang keluar telah dimasukkan semula. 

Kebanyakan ibu alami igauan ngeri ketika membuang air besar setelah bersalin. Puan Nurizrah juga tidak terkecuali. Setelah melahirkan permata bongsunya, dia selalu sakit perut dan susah untuk buang air besar. Yang keluar cuma ketulan-ketulan kecil sahaja. Dia akhirnya memutuskan untuk mengambil cuti tambahan.

Semuanya sudah terlambat 
Menjelang bulan Oktober 2020, kesakitan yang dialami semakin parah. Keadaan ibu ini semakin lemah akibat pendarahan yang berlaku di lubang duburnya. Dia dikejarkan ke Hospital Muar dan dimasukkan ke dalam wad. Kemudian, dia dijadualkan menjalani colonoscopy. 

Hasil pemeriksaaan lanjut, terdapat dua ketumbuhan kecil dan besar. Sampel tersebut dibawa setelah diperiksa lebih lanjut dia disahkan menghidap kanser tahap 4. Sel kanser di dalam badannya semakin aktif dan merebak ke hati dan paru-paru.

Pembedahan usus segera dijalankan dan sekarang menggunakan stoma. Sejak dari itu, dia banyak habiskan masa ulang-alik ke hospital 3 kali sebulan untuk rawatan susulan. 

Pesakit sedang jalani rawatan kemoterapi sebanyak 12 kitaran di Hospital Muar selang dua minggu. Sebelum rawatan kemoterapi, Puan Nurizrah perlu memasang chemoport pada badannya. Malangnya, pemasangan chemoport ditangguh kerana perlu membayar RM 750. Jarum kemoterapi yang berharga RM 20 setiap satu juga perlu dibeli. 


Alami kekangan wang biaya keperluan 
Kesihatan dirinya kian merosot. Puan Nurizrah tidak dapat bekerja lagi sebagai kerani kedai jubin seperti sebelum ini. Akan tetapi, perbelanjaan keluarga semakin bertambah. Tiga orang anak Puan Nurizrah masih lagi bersekolah. Kedua ibu bapa mertuanya juga tinggal bersama mereka lantaran keadaan yang semakin uzur. 

Keluarga ini tidak menerima apa-apa bantuan untuk menyara kehidupan yang serba kekurangan. Suaminya, bekerja sebagai seorang askar meraih pendapatan bulanan sebanyak RM 2000. Biaya perubatan serta keperluan keluarga lain juga perlu ditanggung. 

Puan Nurizrah menaruh setinggi harapan untuk menyambut Ramadhan bersama keluarga tersayang. Tambahan lagi, inilah kali pertama beliau meraikan Ramadhan bersama bayi kecilnya yang genap setahun pada bulan hadapan. 

Bagaimana mahu ringankan beban Puan Nurizrah?
MyFundAction dengan kerjasama MyHeart membuka tabung untuk membiayai keperluan para pesakit yang senasib dengan keluarga Puan Nurizrah. Hasil kebersamaan yang anda kongsikan dapat memberi peluang kepada Nurizrah meraikan Ramadhan kali ini bersama keluarga tercinta. 

Rugilah kalau kita hanya menahan lapar dan dahaga sepanjang bulan Ramadhan. Sedangkan bulan Ramadhan adalah bulan di mana segenap amalan kita dilipat gandakan pahalanya di sisi Allah. Ayuh manfaatkan bulan Ramadhan sebaik-baiknya. Nak cepat dapat pahala? Jom berkongsi rezeki agar Puan Nurizrah terus kuat melawan penyakit dan sembuh seperti sediakala. 

KEPERLUAN
Nama pesakit: Nurizrah bt. Shamsudin

Usia: 29 tahun 
Tempat tinggal: Muar, Johor 
Kos: RM7,500 
Susu Ensure Gold - 6 unit/bulan
Lampin dewasa - 10 beg/bulan
Beg stoma - 2 kotak/bulan
Lampin bayi (Aidil Hariz) - 2 beg/bulan
Susu bayi (Aidil Hariz) Dutch Lady - 5 pek/bulan

Allah berfirman:
“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya...”
(QS. Al Maidah: 32)




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090