[SANGKANYA CUMA SAKIT KEPALA BIASA, TERNYATA IA ADALAH KANSER OTAK]


Tahun 2014, angka pesakit kanser semakin meningkat di Malaysia. Ia boleh menyerang sesiapa sahaja tidak kira bangsa dan status.


Mengikut laporan Majlis Kanser Nasional (Makna), seramai 11 juta dewasa dan kanak-kanak menghidap penyakit kanser dan 6 juta daripadanya mati akibat kanser di seluruh dunia.


Puan Siti Rohaya Ahmad, 47 merupakan salah seorang pejuang penyakit kanser otak. Semuanya bermula pada tahun 2016 apabila beliau disahkan menghidap kanser ketika beliau melakukan pemeriksaan di hospital atas alasan mengalami ganguan sakit kepala yang kerap.


Pembedahan pertama perlu dilakukan untuk membuang kanser tersebut dan selepas itu Puan Rohaya menjalani kehidupan seperti sedia kala.


KANSER KEMBALI MENYERANG & LUMPUH SEPARUH BADAN

Sekitar tahun 2018-2019, kanser tersebut kembali menyerang dan membuatkan Puan Rohaya terpaksa melakukan pembedahan buat kali kedua.


Atas risiko tinggi yang bakal dihadapi, doktor hanya membuang sebahagian sahaja kanser tersebut. Kesannya Puan Rohaya lumpuh sebahagian badan kanannya.


Kehidupannya mula terjejas apabila tidak lagi mampu berjalan seperti biasa dan tidak lagi boleh memandu kenderaan untuk pergi kerja.


Jelas kelihatan Puan Rohaya seorang yang sangat kuat untuk melawan penyakit ini kerana beliau telah menjalani lebih daripada 30 kali melakukan rawatan radioterapi dan juga fisioterapi di sebuah hospital di ibu negara.


Awal Mac 2021 ketika mahu pergi melakukan rawatan radioterapi, Puan Rohaya demam dan dimasukkan ke dalam wad hospital dimana doktor mendapati paru-paru Puan Rohaya telah dijangkiti kuman dan diberikan bantuan oksigen pernafasan.


Doktor melakukan pemeriksaan lanjut dan mendapati bahawa kanser Puan Rohaya telah merebak hingga ke bahagian leher. Ketumbuhan di bahagian otak menjadi lebih kritikal apabila hampir keseluruhan otak dijangkiti dan menyebabkan air di dalam otak (CSF) tidak dapat pergi kemana-mana. 


TERPAKSA TEBUK SEBAHAGIAN OTAK & LEHER

Doktor menasihati Puan Rohaya untuk melakukan pembedahan Craniotomy (tebuk sebahagian otak) bagi membuang air yang terdapat dalam otak.


Selain itu, pembedahan Trakeostomi (tebuk leher) juga perlu dilakukan untuk memasang alat tiub bantuan pernafasan. Namun nasihat doktor ditolak oleh keluarga Puan Rohaya kerana dikhuatiri Puan Rohaya akan lebih tersiksa.


KEPERLUAN MESIN OKSIGEN ELEKTRIK YANG MENDESAK

Setelah seminggu berada di hospital, Puan Rohaya disuruh pulang ke rumah tetapi doktor menasihatkan Puan Rohaya untuk memiliki sebuah Oxygen Concentrator. Malangnya, mereka tidak mampu untuk beli mesin oksigen tersebut kerana harganya yang mahal.


Atas faktor ketidakmampuan untuk memiliki mesin tersebut, Puan Rohaya tidak mempunyai pilihan apabila terpaksa menjalani kehidupan tanpa bantuan mesin oksigen tersebut.


Ini telah mengakibatkan Puan Rohaya berdepan dengan kekerapan gangguan pernafasan. Lebih menyakitkan diwaktu malam apabila Puan Rohaya terpaksa tidur secara mengiring atau menyandar kerana kurangnya penghasilan oksigen yang sampai di dalam badan.


RAWATAN TERKINI 

Kini Puan Rohaya berada di bawah ‘palliative care’ iaitu  penjagaan perubatan interdisipliner yang bertujuan untuk mengoptimumkan kualiti hidup dan mengurangkan penderitaan penyakit serius dan kompleks. Beliau juga harus menjalani rawatan susulan onkologi di sebuah hospital di ibu negara HKL melalui Hospis Malaysia.


BAGAIMANA MAHU RINGANKAN BEBAN PUAN ROHAYA?

MyFundAction dengan kerjasama MyHeart membuka tabung untuk membiayai keperluan Puan Rohaya dan pesakit yang mengalami nasib seperti Puan Rohaya. Hasil kebersamaan yang anda kongsikan dapat memberi kekuatan kepada Puan Rohaya untuk terus tabah menghadapi ujian.


KEPERLUAN

Nama pesakit: Siti Rohaya Binti Ahmad

Usia: 47 tahun 

Tempat tinggal: Wangsa Maju, Setapak K.L

Kos: RM7,000 

Mesin oksigen elektrik



Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda:

“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”.

(HR Muslim)




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090