[DERITA SAKIT DIABETES, BERGANTUNG PADA SUNTIKAN INSULIN SEBAGAI KEKUATAN HIDUP]
Puan Khalijah Yahya merupakan seorang suri rumah menghidap penyakit kencing manis sejak berumur 25 tahun. Kini umurnya mencecah 48 tahun, bermakna sudah 23 tahun puan Khalijah hidup derita dengan sakit kencing manis.
Beliau kini hanya bergantung kepada suntikan insulin untuk mengawal gula dalam badannya. Penyakit ini memberi tamparan hebat buatnya di usia yang semakin lanjut.
Besar dugaan buat puan Khalijah untuk menghadapi ujian yang menimpa dirinya. Puan Khalijah bukan sahaja menghidap penyakit kencing manis tetapi diuji dengan pelbagai penyakit kronik. Beliau juga menghidap penyakit darah tinggi, masalah kebocoran buah pinggang dan ada ulser pada bahagian kaki.
Disebabkan oleh penyakit tersebut, Puan Khalijah terpaksa mengambil suntikan insulin sebanyak 4 kali setiap hari bagi mengimbangkan gula dalam badan. Amat sukar baginya untuk menjalani kehidupan seharinya jika tidak mendapatkan suntikan insulin seperti yang disarankan oleh doktor.

Tambahan pula, keadaan kakinya bertambah teruk apabila puan Khalijah terpijak ubat stapler. Namun, puan Khalijah hanya menyedari kesan luka kakinya memijak ubat stapler selepas 2 hari. Disebabkan penyakit yang dialami, puan Khalijah tidak merasa sakit sehingga menyebabkan kakinya membengkak dan lukanya bertambah parah.
Setelah itu, beliau dikejarkan ke hospital untuk membuat rawatan lanjut. Beliau hampir dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi( ICU) dan perlu menjalani pembedahan. Namun, hasil dari pembedahan tersebut tiada sebarang perubahan dan harapan untuk keadaan kakinya menjadi lebih baik.

Beliau hanya mampu berserah apabila diberitahu oleh doktor yang merawat bahawa kakinya akan dipotong. “Saya ikut sajalah kata doktor. Mana yang terbaik untuk saya. Doktor buatlah.” Kata puan Khalijah.
Namun, setelah diperiksa dengan lebih lanjut, kakinya masih boleh diselamatkan. Lega hati puan Khalijah apabila mendengar berita tersebut walaupun hampir kehilangan sebelah kakinya. Namun begitu, puan Khalijah terpaksa ulang-alik 2 minggu sekali ke hospital bagi mencuci luka di kakinya.
Lebih menyedihkan, kelima-lima anak beliau menghidap penyakit kencing manis kecuali anak yang pertama dan mereka semua memerlukan suntikan insulin. Hal ini menambahkan lagi beban perlu ditanggung keluarga kecil ini.
Suaminya Encik Yambing, 60 tahun hanya bekerja sendiri menolong buat rumah dengan pendapatan hanya RM800 sebulan. Mereka sekeluarga tidak mampu untuk menanggung kos pengangkutan dan kos rawatan di hospital yang sangat tinggi dengan pendapatan yang kecil.
Oleh itu, Kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka tabung untuk membiayai keperluan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga puan Khalijah.
Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk meringankan beban keluarga ini. Hasil kebersamaan yang anda kongsikan dapat memberi kekuatan kepada puan Khalijah untuk terus tabah menghadapi ujian.
========================================
Nama: Khalijah Binti Yahya
Umur: 48 Tahun
Tempat Tinggal: Pasir Puteh, Kelantan
KEPERLUAN
Kos: RM 11,000
(1) Peralatan pemeriksaan gula dalam darah
(2) Peralatan dan ubatan untuk bahagian kaki
(3) Kasut diabetes
(4) Susu glucerna - 4 tin/bulan
(5) Kos pengangkutan ke hospital
=======================================
Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda:
“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”.
(HR Muslim)