SAKIT BUAH PINGGANG TAHAP 4, PERLUKAN RM29,500 UNTUK KOS RAWATAN



Puan Laili Binti Othman, 65, pesakit buah pinggang tahap 4 yang turut mempunyai kencing manis, darah tinggi serta masalah jantung tersumbat.


Keadaannya yang semakin teruk memaksa Puan Laili mula menjalani rawatan dialisis selama 3 kali seminggu di Hospital Kemaman.


Malangnya Puan Laili terpaksa berhenti menjalani rawatan dialisis kerana masalah kekurangan wang yang teruk . Rumahnya yang jauh menyukarkan keadaan beliau untuk berulang alik menerima rawatan di hospital tersebut.


MENGALAMI SESAK NAFAS AKIBAT TIDAK MENJALANI DIALISIS




Pada Januari 2021, keadaan kesihatannya semakin teruk. Disebabkan sudah lama tidak menjalani rawatan dialisis, Puan Laili mula mengalami sesak nafas kerana terlalu banyak toksin di dalam badan beliau.


Kemudian Puan Laili dimasukkan ke hospital dan berada di Unit Rawatan Rapi(ICU) selama seminggu. Puan Laili ditidurkan (intubate) oleh doktor untuk menstabilkan darah beliau. Selepas itu, Puan Laili mula menjalani rawatan dialisis di Pusat Dialisis Dungun yang berdekatan dengan tempat tinggal beliau.


Kekerapan dialisis yang telah disyorkan oleh doktor ialah 3 kali seminggu. Namun Puan Laili tidak mampu untuk membiayai kos pengangkutan untuk menjalani rawatan dialisis sebanyak itu. Puan Laili hanya ke pusat dialisis 2 kali seminggu.


MENGALAMI MASALAH JANTUNG TERSUMBAT




Semasa Puan Laili dimasukkan ke hospital pada Januari 2021, doktor telah dapati Puan Laili mengalami masalah jantung tersumbat. Hal demikian memburukkan lagi keadaan kesihatan beliau. 


Puan Laili menjalani pemeriksaan jantung di Hospital Besar Terengganu. Hanya berbekalkan ubat-ubatan untuk kencing manis dan darah tinggi yang diambil setiap 3 bulan di hospital tersebut.


Sebagai pesakit buah pinggang, Puan Laili memerlukan minuman susu khas bagi mengawal darah dan memberi kekuatan untuk Puan Laili melakukan aktiviti harian. Puan Laili akan minum satu botol setiap kali dialisis.


Di Pusat Dialisis, Puan Laili juga akan menerima suntikan Erythropoetin iaitu hormon untuk menambah pembentukan darah dan IV Venofer iaitu zat besi untuk bantu menambah darah beliau.




Puan Laili dijaga oleh anak lelakinya yang hanya mengambil upah kerja-kerja kampung seperti mengecat dan memotong rumput. Namun begitu, dengan pendapatan yang sedikit tidak mampu untuk mereka menampung keperluan rawatan Puan Laili.


Oleh itu, Kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka tabung untuk membiayai keperluan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga Puan Laili. Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk meringankan beban keluarga ini. 


Nama pesakit: Laili Binti Othman

Usia: 65 tahun 

Tempat tinggal: Paka, Terengganu


KEPERLUAN

Kos: RM29,500

1. Susu Jenis Nepro HP - 3 pek

2. Kos rawatan Hemodialisis - 13 kali/bulan

3. Kos suntikan Erythropoetin - 13 kali/bulan

4. Kos IV Venofer - 10 kali/bulan

5. Kos transport ke Pusat Dialisis Dungun - 3 kali/seminggu





Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction)

MAYBANK

550510970030

Reff/Rujukan : PUAN LAILI 




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

Contoh : Usahawan/Doktor/Guru

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090