[SEORANG ISTERI DERITA TULANG BELAKANG BENGKOK]
Tulang belakang bengkok yang berbentuk seperti huruf ‘S’. Itulah yang dialami oleh Atiqah sejak beliau terlibat dengan kemalangan motorsikal pada tahun 2014.
Kehidupan Atiqah berubah 360 darjah dimana terpaksa menangguh pembedahan yang perlu ia segerakan atas faktor kewangan dan musim pandemik covid-19 ini.
Semakin lama semakin teruk keadaan tulang belakangnya dan kos pembedahan juga semakin meningkat kepada RM 25,000.
Ini tidak termasuk kos perbelanjaan yang perlu dikeluarkan olehnya yang sangat tinggi untuk melakukan pemeriksaan secara berkala.
Atiqah perlu mendapatkan rawatan susulan bagi pemeriksaan X-Ray sebanyak 2 bulan sekali dan pemeriksaan doktor sebanyak 3 bulan sekali. Dimaklumkan kali terakhir membuat pemeriksaan adalah pada Hari Raya Aidil Fitri yang lepas.
Kini, Atiqah tidak lagi boleh melakukan kerja-kerja berat dan tidak lagi mampu berada dalam keadaan berdiri selama lebih dari tempoh satu jam kerana sakit yang dialami.
Beliau berjalan tidak seperti orang lain. Jika berjalan akan senget sebelah badannya.
Demi kelangsungan hidup, keadaan sangat mendesak Atiqah untuk melakukan pembedahan ‘Posterior Lumbar Interbody Fusion’(PLIF) dengan secepat yang mungkin.
Pembedahan ini dapat menjadikan tulang belakang Atiqah normal semula dan beliau dapat bergerak seperti sedia kala dan membantunya dalam urusan harian beliau.
Kebergantungan yang sangat tinggi kepada Ibu bapa serta suami menguatkan semangat hidup Atiqah. Namun akibat pandemik ini, suaminya telah diberhentikan kerja dan ibu bapa Atiqah perlu menanggung ahli keluarga yang lain seramai 17 orang.
Tambahan pula, Atiqah tidak menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak walaupun beliau sudah memohon.
Oleh itu, kami daripada Myfundaction dengan kerjasama Myheart ingin mengajak anda semua untuk bersama berkongsi rezeki bagi menanggung kos pembedahan serta kos perbelanjaan pengangkutan kerana Atiqah terpaksa menyewa kereta untuk melakukan pemeriksaan berkala yang mana kos sewaan RM120 sehari.
Nama: Atiqah Binti Ahmad Zailani
Umur: 23 Tahun
Tempat Tinggal: Sri Aman, Sarawak
KEPERLUAN
Kos: RM26,000
1) Kos pembedahan skoliosis
2) Kos pengangkutan
Allah berfirman:
“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”
(QS. Al Maidah: 32)