ALAMI SAKIT CYST OVARI, WANITA INI JUGA MENGHIDAP STROKE



Hanya mampu terlantar di katil sejak diserang strok pertama kali iaitu pada 6 tahun yang lepas. Namun penyakit strok datang kembali pada bulan Januari 2020. Keadaan ini mula disedari oleh anak beliau apabila hendak memandikan Puan Jamiah, tangannya mulai mengeras


Kemudian Puan Jamiah segera dibawa ke Hospital Putrajaya dan telah disahkan oleh doktor yang merawat bahawa Puan Jamiah menghidapi strok sekali lagi.


Setelah Puan Jamiah menghidap strok pada Januari tahun 2020, beliau hanya boleh menggunakan tangan kanannya sahaja. Tangan kiri beliau sudah tidak boleh berfungsi dan bergerak seperti sedia kala


Dengan kudrat yang masih berbisa, wanita berumur 67 tahun ini masih boleh menguruskan dirinya sendiri tanpa minta bantuan daripada orang lain untuk duduk, makan dan juga minum. Suaminya pula sudah tiada akibat mengalami serangan jantung. Kini Puan Jamiah tinggal bersama anaknya yang berumur 45 tahun sejak 10 tahun yang lepas.


Semasa Puan Jamiah dalam wad, beliau pernah mengadu kesakitan apabila hendak tukarkan pampers. Lalu Puan Jamiah dibawa untuk menjalani pemeriksaan X-ray dan telah didapati bahawa Puan Jamiah mengalami keretakkan pada tulang pinggul.


Sepatutnya beliau perlu menjalani pembedahan untuk membetulkan tulang pinggul tersebut tetapi disebabkan Puan Jamiah mempunyai risiko yang tinggi, maka pembedahan tersebut tidak dapat dijalankan.


Malah Puan Jamiah juga mempunyai sakit cyst di ovari sebelah kiri. Anak beliau mula perasan yang perut ibunya, Puan Jamiah mengalami sedikit kembung. Kemudian beliau dirujuk ke Hospital Serdang dan doktor telah memeriksa perut Puan Jamiah untuk didiagnos. 


Bukan hanya itu sahaja penyakit yang dialami oleh Puan Jamiah. Beliau juga turut mengalami paru-paru berair. Pada bulan Mac 2020, Puan Jamiah dimasukkan ke hospital dan telah ditahan di dalam wad selama 2 bulan lebih.


Mula-mula doktor mengesyaki ada sel kanser tetapi apabila sampel air dari paru-paru diambil, ternyata ianya bukan sel kanser.


Sekarang Puan Jamiah hanya mampu terlantar di rumah. Puan Jamiah juga tidak dapat makan dan minum seperti biasa. Beliau terpaksa menggunakan tiub untuk memudahkan beliau minum susu dan makan.


Setiap 3 bulan, Puan Jamiah akan pergi ke klinik kesihatan untuk menukarkan tiub tersebut (Ryles Tube). 


Kini pemantauan daripada hospital juga masih perlu dilakukan. Puan Jamiah perlu membuat temujanji di Hospital Serdang 4 bulan sekali.


Setiap kali hendak ke hospital, Puan Jamiah akan menaiki ambulans ataupun anaknya akan menyewa kereta yang agak besar untuk memberi ruang kepada ibunya untuk baring di dalam kereta.


Puan Jamiah pernah mendapat bantuan zakat sementara selama 6 bulan dari Julai sehingga Disember 2020. Kini beliau sudah tidak dapat sebarang bantuan.


Dahulu Puan Jamiah pernah bekerja dengan menjual nasi lemak tetapi sudah lama berhenti. Anaknya pula bekerja sebagai pemandu limousine di KLIA dengan hanya bergaji sebanyak RM50 sehari, kadang-kadang pendapatannya juga tidak menentu sejak PKP dijalankan.


Kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka tabung untuk membiayai keperluan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan termasuk keluarga Puan Jamiah.


Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk meringankan beban keluarga ini.


Bantu kami penuhi kos perbelanjaan keperluan kesihatan Puan Jamiah. Hasil kebersamaan yang anda kongsikan dapat memberi kekuatan kepada Puan Jamiah untuk meneruskan hidup dan meringankan beban beliau sekeluarga.


Hari ini kita lihat orang susah, semoga usaha murni kita dibalas lebih baik daripada tindakan kita lakukan hari ini. Tiada harta yang mampu beli 1 nyawa, ia sangat berharga.



Nama : Jamiah Binti A Rahman

Umur :  67 tahun

Penyakit : Strok & Cyst ovari kiri

KEPERLUAN

Kos : RM6500

1) Kos minuman susu pesakit - 10 tin/bulan

2) Lampin saiz L - 9 beg/bulan



Allah berfirman:

“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”

(QS. Al Maidah: 32)



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090