{DERITA SAKIT JANTUNG & ASMA, IBU TUNGGAL INI JUGA HIDAP KENCING MANIS KRONIK}



Seorang ibu, Khairoon Bee bt C.K. Moosa terpaksa berdepan penderitaan apabila telah melalui proses pemotongan kaki kiri bawah lutut pada tahun 2019 akibat penyakit kencing manis yang dihadapinya.


Puan Khairoon, 76 tahun yang menetap di  Dengkil, Selangor bersama anaknya yang berumur 50 tahun. Suami Puan Khairoon pula telah meninggal dunia pada umur 50 tahun akibat sakit jantung, kencing manis serta mempunyai tekanan darah tinggi.


Pada mulanya, Puan Khairoon mengalami kulit kaki yang melekat-lekat dan kulitnya juga mudah tertanggal. Keadaan bertambah buruk apabila tapak jari kakinya telah bertukar menjadi hitam yang menandakan tapak jari tersebut telah mengalami kematian tisu. Setelah itu, Puan Khairoon mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang ketika beliau menetap di sana.


Apabila di hospital, Puan Khairoon telah didapati menghidap kencing manis. Malahan peningkatan tahap paras gula dalam darah beliau sehingga 20 mmol/g.


Jadi, Puan Khairoon perlu menjalani pembedahan untuk memotong 3 jari kaki kiri beliau. Lebih menyedihkan lagi, tidak sampai 23 jam doktor terpaksa memotong kaki bawah lutut Puan Khairoon.


Tahap peningkatan glukosa darah menjadi terlalu tinggi dan sukar untuk dikawal tetapi apabila mengunakan insulin, ia menjadi Hypoglycemic(kurang gula dalam darah). Kemudian Puan Khairoon dibawa ke Selangor oleh anaknya pada tahun 2020.


Bukan sahaja menghidap kencing manis, Puan Khairoon juga pernah beberapa kali mengalami serangan jantung. Tambahan lagi, beliau juga pernah dimasukkan besi ke dalam tulang pinggul akibat daripada terjatuh.


Puan Khairoon kini tidak boleh berdiri kerana tidak mempunyai keseimbangan badan dan akan menyebabkan beliau mudah rebah. Dan kakinya juga akan mudah membengkak jika berdiri terlalu lama. 


Di rumah, Puan Khairoon hanya bergerak dengan menggunakan kerusi roda untuk pergi kemana-mana. Beliau pernah terjatuh semasa menggunakan kerusi roda tersebut kerana kerusi yang ada sekarang ini tidak stabil dan susah untuk beliau bergerak. Lagi pula, jika tiada kerusi roda beliau hanya akan terlantar baring di atas katil sahaja.


Puan Khairoon mendapat bantuan zakat sebanyak RM400 sebulan, manakala anaknya pula mendapat bantuan daripada JKM RM100 sebulan.


Hanya dengan RM500 sebulan mereka bertahan untuk memenuhi segala perbelanjaan keluarga mereka. Sebelum ini, Puan Khairoon pernah mendapat bantuan daripada Hospital Pulau Pinang, tetapi sudah berhenti sejak beliau tidak mengikuti rawatan di sana.


Kini pemantauan daripada hospital masih perlu dilakukan. Keperluan seperti lampin, minuman susu nutrient untuk menghalang terjadinya Hypoglycemic(kurang gula dalam darah) dan alatan cek gula  bagi memudahkan urusan mengawal tahap gula dalam darah sangat penting untuk rawatan Puan Khairoon dan ia juga memakan kos yang agak tinggi.


Hal demikian membuatkan mereka perlukan sokongan luar untuk terus mendapatkan rawatan buat Puan Khairoon. Begitu juga kos pengangkutan untuk ke hospital.


Mereka sekeluarga tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk pergi ke hospital. Hanya berharap dengan meminta bantuan daripada jiran sahaja.


Oleh itu, Kami dari MyHeart bekerjasama dengan MyFundAction membuka tabung untuk membiayai keperluan pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan seperti keluarga Puan Khairoon.


Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk meringankan beban keluarga ini. Hasil kebersamaan yang anda kongsikan dapat memberi kekuatan kepada Puan Khairoon untuk terus tabah menghadapi ujian.


Nama: Khairoon Bee

Umur: 76 Tahun

Tempat Tinggal: Dengkil, Selangor


KEPERLUAN

Kos: RM 7,000


(1) Susu Nutrien Diabetik - 2 tin/sebulan

(2) Pampers - 20 beg

(3) Kerusi roda

(4) Jarum insulin 6mm - 100 pcs/3 bulan

(5) Strip test - 2 botol/sebulan

(6) Alcohol swab - 2 kotak/sebulan

(7) Lancet standard - 1 kotak/2 bulan

(8) Kos perbelanjaan rawatan susulan

(9) Kos pengangkutan ke hospital


Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda:

“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”.

(HR Muslim)




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090