ANAK OKU TETAP MENJAGA IBUNYA YANG UZUR



Wanita yang kudung tangannya tiada jari sejak lahir tidak menjadikan kekurangan dirinya itu sebagai halangan untuk menjaga ibunya yang uzur. 


Puan Rahimah, 51 tahun, hanya beliau yang tinggal bersama ibunya, Puan Sa’odah, 86 bersama dua orang anaknya sejak kematian suaminya beberapa tahun lepas. 


Ibunya yang uzur atas faktor usia dan menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan juga kolestrol yang tinggi.  Boleh bangun dan duduk dengan sendiri tapi tidak kuat untuk berjalan. 


Bukan itu sahaja, malah masalah penglihatan turut membataskan pergerakan kerana ibunya, Puan Sa’odah pernah terjatuh dari bilik air yang menyebabkan anak mata bahagian kirinya pecah dan juga tulangnya patah. Kini Puan Sa’odah sudah tidak dapat melihat dengan baik. 


Berat Mata Memandang, Berat lagi Bahu Yang memikul…


Puan Rahimah juga menghidapi beberapa penyakit iaitu darah tinggi dan kolestrol yang tinggi serta gastrik. Lantaran itu, Puan Rahimah tetap mengembleng tenaga mengangkat ibunya.


Walaupun dirinya semakin hari semakin tidak berdaya namun dia tetap menguatkan semangat supaya dapat menjaga kebajikan ibunya yang semakin uzur.


Menurutnya, beliau kini mempunyai masalah saraf kerana banyak mengangkat ibunya dan telah mendapat nasihat doktor untuk mengelakkan mengangkat berat. 


Puan Rahimah kerap kali terjatuh kerana sudah tidak lagi mempunyai kekuatan dibahagian pinggang sampai ke bawah. Kini beliau banyak dibantu oleh anaknya untuk menguruskan ibunya, Puan Sa’odah.


TABUNG PUAN SA’ODAH : KEPERLUAN KATIL

Rawatan terkini ibunya, Puan Sa’odah masih perlu mengikuti temujanji di Klinik Kesihatan Permatang Buluh setiap 3 bulan.


Oleh disebabkan mereka sekeluarga tidak mempunyai kenderaan sendiri, mereka hanya berharap bantuan daripada saudara terdekat untuk menghantar Puan Sa’odah ke hospital.


Dengan keadaan kesihatan Puan Sa’odah yang sudah tidak lagi berdaya menyebabkan beliau memerlukan peralatan perubatan seperti katil.


Sekarang Puan Sa’odah hanya menggunakan katil biasa tetapi katil yang sedia ada ini tidak memberi keselesaan untuk Puan Sa’odah menggunakannya.


“Sesukar mana kehidupan kami, kami masih boleh bergantung dengan hasil wang Perkeso tinggalan suami sebanyak RM450. Tapi untuk membeli katil yang mencecah ribuan ringgit itu bukanlah sesuatu yang mudah”. - Kata Puan Rahimah


BAGAIMANA MAHU RINGANKAN BEBAN KELUARGA PUAN SA’ODAH?

Atas inisiatif Myheart dengan kerjasama MyFundAction, kami ingin mengajak anda semua untuk bersama berkongsi rezeki dengan menyediakan sebuah katil untuk Puan Sa’odah bagi menggantikan katil sedia ada yang sudah tidak berfungsi dengan baik.

Pakej:

Tabung MyHeart RM500

Tabung MyHeart RM200

Tabung MyHeart RM100

Tabung MyHeart RM50

Tabung MyHeart RM30


Hanya serendah RM30 sahaja anda boleh berkongsi rezeki pada keluarga Puan Sa’odah. Kami sangat mengalu-alukan kerjasama dan sokongan anda semua untuk meringankan beban keluarga ini dan mereka yang senasib seperti ini.


Harini kita lihat orang susah, semoga usaha murni kita dibalas lebih baik daripada tindakan kita lakukan harini


Allah berfirman:

“Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya.”

(QS. Al Maidah: 32)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TABUNG MYHEART RM 500
TABUNG MYHEART RM 200
TABUNG MYHEART RM 100
TABUNG MYHEART RM 50
TABUNG MYHEART SERENDAH RM 30
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN


Maklumat Organisasi

MyFundAction
info@myfundaction.org
+60162341090