[WAKAF AL-QURAN : WARGA EMAS DAN KANAK-KANAK TERCICIR DALAM KELAS MENGAJI, TEMPAT TINGGAL TIADA RANGKAIAN INTERNET]
MEMELIHARA al-Quran dengan baik termasuk menjaga bacaannya mengikut cara bacaan sebenar menjadi sunnah yang sepatutnya dikuasai umat Islam. Ia akan menjadi pendamping kita di akhirat kelak. Dengan adanya teknologi, kita lebih selesa membaca serta mempelajari Al-Quran di hujung jari sahaja.
Asnaf di pedalaman Sabah tidak berpeluang seperti kita. Kebanyakan mereka masih belum pandai mengaji malah ada lagi yang tidak mengenal huruf hijaiyyah. Biarpun kita sudah boleh belajar mengaji di hujung jari misalnya melalui aplikasi streaming atas talian, mereka sama sekali tidak berkemampuan.
Pendapatan keluarga hanya cukup makan, tidak mampu memiliki telefon pintar hatta yang paling rendah spesifikasinya. Tempat tinggal pula jauh di pedalaman di mana rangkaian internet sukar didapati.
Program Mengaji Al-Quran (PMA) yang merupakan kelas mengaji percuma buat asnaf dan mualaf di Sabah tidak lagi berjalan secara bersemuka sejak PKP. Apalah agaknya nasib Makcik Laila jika tidak dibantu. Dulunya dia sangat rajin hadir ke kelas mengaji kami. Kini tidak lagi nampak kelibatnya sejak kelas diadakan secara online.
Kami difahamkan dia tidak mahir menggunakan telefon pintar untuk sertai kelas ini. Kawasan tempat tinggal juga tiada jaringan internet.
“Bayangkan jika Makcik Laila ini ibu atau nenek kita, sanggupkah kita biarkan semangatnya terhenti begitu sahaja?”
Melalui Quran Digital (Kit Alternatif PMA) ini, Makcik Laila dapat belajar Al-Quran kembali di rumahnya sendiri. Setiap minggu, sukarelawan kami akan datang untuk membantunya mengenal huruf Al-Quran serta sebutan yang betul.
Gambar Set Quran Digital (Kit Alternatif PMA)
Kit Alternatif al-Quran ini dilengkapi dengan:
• Al-Quran
• Iqra’,
• Pen digital,
• Pengecas
MyFundAction membuka peluang kepada anda untuk berwakaf Quran Digital (Kit Alternatif PMA) agar tiada lagi yang tercicir dari pembelajaran Al-Quran. Hasil sokongan anda bakal memberi manfaat kepada 400 keluarga yang kurang berkemampuan seperti Makcik Laila di sekitar Sabah.
Segera daftarkan nama anda dan juga orang tersayang. Anda boleh memilih mana-mana pakej di bawah:
PAKEJ DIAMOND : RM300
PAKEJ GOLD : RM200
PAKEJ SILVER : RM100
PAKEJ BRONZE : RM50
Bayangkan setiap rezeki yang dikongsi akan digandakan 700 kali. Setiap huruf yang dibaca akan dikira pahala terus mengalir masuk ke dalam akaun akhirat selamanya. Bukankah ini sangat besar jumlahnya untuk pelaburan akhirat anda?
Firman Allah SWT
“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
[Al-Baqarah ayat (261)]
Semoga kita terpilih untuk masuk ke Syurga Allah di atas usaha kita mengubah nasib asnaf di Sabah untuk jadi celik Al-Quran.