MASIH RAMAI ASNAF TERPAKSA MENCATU MAKANAN, MENGIKAT PERUT…
Masihkah Ada Rezeki Dan Sinar Harapan Buat Mereka ?
Ramai di kalangan mereka yang hilang punca pendapatan sejak PKP. Bukan lagi ibarat kais pagi makan pagi, tetapi kais pagi untuk makan petang atau malam bahkan mungkin saja untuk makan esok harinya.
Ada di antara mereka yang terpaksa menggunakan kayu api kerana tidak mampu mengisi semula gas untuk masak makanan.
Banyak situasi yang berlaku meruntun hati kami para sukarelawan yang turun ketika itu.
- Ada yang terpaksa menggantikan susu anak kecilnya dengan air suam dan air beras, sedangkan anak masih sangat kecil.
- Ada yang terpaksa makan pisang rebus hasil dari pemberian jiran.
- Ada yang terpaksa pinjam beras dengan jiran.
- Ada yang hari-hari makan nasi kosong tanpa lauk,bahkan nasi dibuat bubur supaya lebih tahan lama.
- Ada yang bertahan hidup dengan minum air kosong berhari-hari kerana kehabisan makanan.
INI ANTARA RINTIHAN DAN HARAPAN ASNAF
Mereka juga tidak mahu meminta-minta, tetapi keadaan sangat mendesak terutama bila melibatkan anak kecil. Seorang ayah atau ibu tidak mampu melihat anak kecilnya, menangis kelaparan meminta makanan untuk mengalas perut.
Bayangkan betapa perit kehidupan mereka bila hilang pendapatan dan perlu teruskan hidup.
Marilah bersama kita cakna nasib masyarakat. Sekurang-kurangnya kita melakukan sesuatu untuk mereka rasa yang masih ada yang peduli.
PAHALA MEMBERI MAKAN
Nabi SAW bersabda:
"Sesiapa yang menjamu makan seorang Mukmin sehingga mengenyangkannya daripada lapar, maka Allah akan memasukkannya ke sebuah pintu syurga (yang khas). Tiada yang memasukinya melainkan orang sepertinya."
(Hadis Riwayat al-Tabarani)
Mari bersama-sama kita hulurkan tangan & ringankan lagi beban kehidupan orang yang memerlukan. Walau sikit, tapi ada.
Bantuan keperluan dari segi:
- Bekalan Makanan Asas yang mengandungi lebih 15 barang dapur termasuk beras, minyak, susu dan gula.
- Barangan Keperluan Kebersihan seperti sabun mandi, bahan pencuci baju dan bahan pencuci pinggan mangkuk.
- Pek Makanan Sedia Dimakan yang boleh terus dimakan pada bila-bila masa.
**Anggaran kos untuk bantuan 1 keluarga : RM 140/keluarga
Mari bersama kami MyFundAction dalam berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan serendah RM30. Setiap rezeki yang dikongsi mengukir senyum dan tawa buat mereka.
Untuk bantuan secara manual/transfer/CDM boleh bank in ke akaun di bawah.
Bank : MAYBANK
Nama : Yayasan Kebajikan Muslim (MYFUNDACTION)
No akaun : 5505 1097 0030
Reference : “Rezeki Ummat”
Biarlah amalan ini nampak kecil, asalkan konsisten setiap minggu kita dapat bantu orang. Daripada Aisyah RA berkata, Rasulullah SAW bersabda:
“Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit.” (HR. Bukhari, no. 6465)